PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Thursday, 3 November 2011

18 kena kompaun sebab hisap rokok dalam pejabat

gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seramai 18 orang dikompaun kerana merokok di tempat kerja berhawa dingin berpusat dalam operasi besar-besaran Kementerian Kesihatan di pejabat swasta seluruh negara pada 25 Oktober lalu. 


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata seramai 54 orang majikan diberi amaran bertulis kerana gagal mempamerkan notis larangan merokok di premis mereka.
Kesemua mereka adalah pekerja dan majikan di 570 pejabat swasta berhawa dingin berpusat yang diperiksa dalam operasi itu termasuk bank dan institusi kewangan, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat swasta, kompleks pejabat, kilang dan hotel.
"Dua orang majikan juga diberi amaran bertulis kerana gagal memastikan tiada orang merokok dalam pejabat mereka," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Pada 21 Julai lalu, kerajaan mewartakan semua tempat kerja dengan sistem pendingin hawa berpusat sebagai tempat larangan merokok mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau. 

Hasan mengingatkan majikan mempamerkan tanda larangan merokok kerana tuan punya premis yang gagal berbuat demikian boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih setahun. - BERNAMA 

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...