PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Sunday, 30 October 2011

City mampu bina kejuaraan - Savic


MANCHESTER: Stevan Savic percaya Manchester City mampu menjulang kejuaraan sambil memberi amaran kepada saingan mereka bahawa City akan menjadi lebih baik dengan setiap perlawanan.

Pasukan pimpinan Roberto Mancini itu memberi peringatan kepada kelab-kelab elit Eropah selepas membelasah Manchester United 6-1 pada hujung minggu lalu - keputusan yang meletakkan mereka lima mata di atas pesaing terdekat dalam Liga Perdana.City membuktikan lagi keupayaan mereka dengan menggilis Wolverhampton 5-2 dalam perlawanan Piala Liga Rabu lalu, yang meletakkan mereka pada kedudukan untuk memenangi empat kejuaraan musim ini.


'Sungguh hebat sekali dapat bermain dengan kelab ini dan yang paling penting ialah kami terus mencatat kemenangan. Saya fikir kami akan meningkat dari perlawanan ke perlawanan dan permainan kami akan menjadi lebih baik,' ujar Savic, pemain antarabangsa Montenegro .'Sasaran kami, jika mungkin, ialah menjadi juara Liga Perdana, untuk ke pusingan seterusnya Liga Juara-Juara. Matlamat kami ialah memenangi piala dan kelab menjangkakannya daripada kami, dan saya fikir kami mempunyai kualiti untuk melakukannya.

'Tetapi kami perlu terus berpijak di bumi nyata dan terus membuktikan keupayaan kami dari satu perlawanan ke satu perlawanan.'Musim belum berakhir. Masih banyak lagi perlawanan, tetapi saya fikir kami punyai kualiti untuk menjadi juara Liga Perdana.

'Bolehkah pasukan lain menghalang kami? Saya fikir form kami bagus sekarang, tetapi anda tidak boleh tahu apa yang boleh berlaku.'Saya harap kami akan meneruskan form sekarang dan kami akan menjadi juara.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...