PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Sunday, 30 October 2011

Arena Bola Sepak Di Malaysia sering berakhir dengan kekecohan


SHAH ALAM , 29 Oktober 2011 : Bola sepak Malaysia menjadi episod tragedi buruk setiap kali ''final'' ataupun game menarik. Malah lebih teruk ianya membabitkan melayu sesama melayu, tetapi masih ramai yang menuduh bangsa lain penyebab Melayu bergaduh. Ternyata, dakwaan ini sama sekali hanya propaganda politk UMNO yang sering kali menuduh PAS dan PKR punca melayu bergaduh. 


Kejadian ini tidaklah menjadi satu berita yang mengejutkan orang ramai, kerana setiap kali perwanan bola sepak, ini lah yang terjadi. Hakikat sebenar yang berlaku, bergaduh sana-sini, merosakkan harta benda, membakar bendera. Semalam(29 oktober 2011) Perlawanan Bola Sepak Final Piala Malaysia diantara Terengganu dan Negeri Sembilan telah berlangsung dan Negeri Sembilan telah memperolehi kemengangan dengan jaringan 2 gol.

Selepas ''live'' , telah berlaku kekecohan anatara kedu-dua penyokong negeri tersebut, SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.

Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...