PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Monday, 31 October 2011

Dua beradik parah diserang asid

MASIH TRAUMA: Shafiq Haiqal (kiri) dan Syaffiy Aiman mengimbas kembali pengalaman mereka diserang dengan asid dalam sidang akhbar kelmarin



KUALA LUMPUR: Syaffiy Aiman Mat Safar Zaidi, 10 tahun, yang parah di muka dan badan akibat disimbah asid oleh jiran sekampung ketika bermotosikal bersama abangnya, kini bukan saja kurang yakin diri, malah trauma setiap kali mendengar atau melihat cecair dalam botol kaca.



Sikap kanak-kanak itu tidak dapat disembunyikan apabila dia beberapa kali mengelak dan menolak kerusi ke belakang untuk melarikan diri setiap kali pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Mohd Khairun Aseh, memegang botol asid dalam sidang media khas di pejabat biro itu di sini, kelmarin.

Ketakutannya menyebabkan Encik Mohd Khairun, yang ingin memaklumkan media mengenai penjualan asid secara terbuka masih berlaku, mengarahkan kakitangannya mengalihkan segera botol cecair itu sebelum majlis diteruskan.Dalam sidang akhbar itu, Datuk Mohd Khairun turut mengumumkan dua adik-beradik itu dijadikan anak angkat biro tersebut, sekali gus ia bertanggungjawab meringankan beban keluarga dan membantu persekolahan mereka.

Dalam kejadian 19 Julai lalu, Syaffiy Aiman dan abangnya, Shafiq Haikal, 13 tahun, parah di muka dan badan selepas disimbah asid ketika bermotosikal dalam perjalanan pulang mengambil buku ulang kaji di Felda Ketumbar, Jengka 9, Maran, Pahang.Shafiq Haikal, yang kabur mata kiri akibat insiden itu, berkata pada hari kejadian dia terlupa membawa buku lalu berpatah balik sejurus tiba di rumah rakannya untuk mengulang kaji pelajaran.Kemudian seorang lelaki tiba-tiba mencampak sesuatu ke arah mereka hingga motosikal itu terbalik.

'Masa itu rasa panas, tak nampak apa-apa tapi ada orang bantu. Kami sebenarnya baru lepas mengaji dan terus ke rumah rakan. Adik masih bersongkok.'Sebaik disimbah, saya mengelak cecair itu, lalu ia terkena adik, tapi dia bernasib baik kerana asid tidak kena kepalanya. Ia terpercik ke muka dan badan,' katanya.Dalam sidang akhbar itu, Datuk Mohd Khairun melahirkan rasa kecewa kerana selepas beberapa pihak, termasuk menteri, mengeluarkan kenyataan supaya penjualan asid diperketat, kegiatan penjualan bahan itu masih dilakukan secara terbuka.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...