PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Sunday, 30 October 2011

Panas - Bekas Pegawai kanan polis dakwa Najib tahu salah laku peguam negara

Mat Zain buat pendedahan dalam surat terbuka kepada PM berkaitan kes mata lebam Anwar


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak pernah mengatakan Tan Sri Abdul Gani Patail tidak wajar terlibat dalam kerja memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam 1998 Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Demikian menurut seorang bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zaib Ibrahim, yang mendakwa bertemu secara peribadi dengannya pada Oktober 2008.Ketika itu, Datuk Seri Najib merupakan timbalan perdana menteri dan menjadi perdana menteri pada April 2009.


Datuk Mat Zain, yang sedang menggerakkan kempen seorang diri untuk mengalihkan peguam negara itu, berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib untuk membincangkan dakwaan pembabitan Tan Sri Abdul Gani dan juga Ketua Polis Negara masa itu, Tan Sri Musa Hassan.

'Komen YAB (Yang Amat Berhormat) terhadap Tan Sri Gani Patail antara lainnya: 'memang salah untuk memalsukan keterangan. Walaupun boleh jadi tujuan Gani adalah untuk menolong IGP' (merujuk kepada bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor), membuat keterangan palsu, adalah suatu kesalahan dan tidak patut dia lakukan,' kata Datuk Mat Zain dengan merujuk kepada apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Najib pada pertemuan mereka.Tan Sri Rahim digantikan oleh Tan Sri Norian Mai dan kemudian oleh Tan Sri Musa sebagai ketua polis negara.

Datuk Mat Zain mengatakan demikian dalam surat terbuka kepada Datuk Seri Najib, yang bertarikh 20 Oktober lalu.Datuk Mat Zain merupakan pegawai yang bertanggungjawab menyiasat Tan Sri Rahim berhubung kejadian mata lebam membabitkan Datuk Seri Anwar ketika bekas timbalan perdana menteri itu ditahan pada September 1998.

Datuk Mat Zain sebelum ini mendakwa Tan Sri Abdul Gani, yang mengetuai pendakwaan kes liwat dan rasuah ke atas Datuk Seri Anwar sebelum ini dan Tan Sri Musa, telah mereka bukti dalam kes mata lebam berkenaan.Datuk Mat Zain juga menulis bukan undang-undang negara mewajibkannya bercakap benar, malah Islam juga mewajibkan saya menjadi seorang saksi yang bercakap benar.'Saya menyatakan bahawa YAB Datuk Seri telah bertindak secara tidak adil kepada rakyat jelata dan kakitangan awam dalam penguatkuasaan keadilan awam.

'Walhal YAB sendiri yang beberapa kali berjanji kepada rakyat akan mempastikan undang-undang dilaksanakan mengikut keluhuran undang-undang,' katanya.Datuk Mat Zain menegaskan apabila tiba kepada giliran untuk mengambil tindakan terhadap Tan Sri Abdul Gani sendiri, pendirian Datuk Seri Najib menjadi 'lemah dan lesu seperti tidak bermaya'.

'Walhal YAB dan seluruh Kabinet sedar, beliau telah melakukan, penipuan, pemalsuan, salah guna kuasa, rasuah serta termasuk menyembunyikan keterangan untuk mengelirukan Kabinet.
'Lebih menyedihkan, YAB dilihat sebagai terpaksa membiarkan sahaja dan merestui tindakan pihak tertentu, memanipulasikan fakta dan keterangan, bagi mengelirukan dan mengaburi mata rakyat untuk menyelamatkan Gani daripada dikenakan hukuman undang-undang,' katanya yang ditukil laman berita The Malaysian Insider.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...