'Pengisytiharan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bahawa negara mereka bercadang untuk meneruskan hubungan ekonomi
Itu adalah kata-kata aluan Micha Haris di dalam satu majalah promosi perdagangan Israel - Asia. Siapa Micha Haris?. Dia adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Israel di antara tahun 1992-1996.
Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah bapa kepada Mukhriz Mahathir, Tun Dr Mahathir Mohamad. Tidak ramai yang sedar bagaimana liciknya Mahathir mengambil kesempatan menjalinkan hubungan dagang dengan Israel laknatullah ini sebaik saja dasar Apartheid di Afrika Selatan ‘runtuh’.
Ketika itulah, pada tahun 1994 dibawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi ia turut digunakan sebagai peluang dan kesempatan untuk menjalinkan hubungan dagang dengan Israel. Itu kisah lebih sepuluh tahun yang lalu...
Ironinya hari ini, Mukhriz Mahathir memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri. Dan semalam, YB Er Teck Hwa telah membangkitkan persoalan mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel.
Benarkah Malaysia telahpun menjalinkan hubungan dagang dengan Israel?. Jawablah YA atau TIDAK.
Namun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri enggan menjawap soalan yang dikemukakan sehingga menyebabkan Er telah diarahkan keluar dari Dewan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Tujuan soalan itu mudah. Ia meminta penjelasan Menteri, BENARKAH kenyataan yang dikeluarkan di laman webwww.anakmudamalaysia.com berhubung isu ini tepat atau tidak?. Isu ini penting untuk diperjelaskan kerana Malaysia sememangnya diketahui tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Tetapi bagaimana pula boleh wujud beberapa dokumen-dokuman transaksi kastam, buku-buku dan ucapan Menteri Perdagangan dan Industri Israel yang menunjukkan hubungan dagang di antara Malaysia-Israel?.
Tidakkah pelik, hairan bin ajaib bagaimana Malaysia sebuah negara yang begitu prihatin terhadap kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin dan giat menghulurkan bantuan melalui Aman Palestin (eh..eh...Mukhriz Mahathir juga disebalik Aman Palestin ni kan...hmmm) boleh 'bersahabat' dengan Israel bila masuk bab perdagangan antarabangsa.
Malaysia melalui AMAN Palestin, memungut derma untuk tabung kemanusiaan Gaza, namun pada masa yang sama, kementeriannya menjalinkan hubungan dagang dengan Israel dan membantu menjana ekonomi Israel. Ini bermakna Malaysia turt menumpang saham dalam 'membantu' kewangan Israel laknatullah untuk membeli peluru rakyat Palestin yang tidak berdosa. Malaysia turut mendapat saham dosa di atas setiap nyawa rakyat Palestin yang terkorban dengan peluru Israel.
Tidak ada rasa bersalahkah MITI kerana menjadi antara sumber kewangan kepada Israel untuk meneruskan kelangsungan kekejaman mereka kepada
Jika dakwaan itu TIDAK BENAR, silakan jawab wahai Pak Menteri. Atau mungkin juga Mukhriz boleh menjawab bagi pihak bosnya. Atau mungkin hanya satu sahaja jawapan yang layak kepada tindakan bacul mereka kerana membenarkan hubungan dagang Malaysia - Israel pada hari ini.
Jatuhkan regim! Jatuhkan regim! Jatuhkan regim!
anjlinabatra · 232 weeks ago