BANTAH SIKAP TAMAK: Para penunjuk perasaan berarak memasuki Pelabuhan Oakland, di California, kelmarin |
Jurucakap polis, Encik Howard Jordan, pula telah memberi amaran kepada para penunjuk perasaan bahawa mereka melakukan kesalahan jenayah kerana menceroboh kawasan pelabuhan itu.Para penunjuk perasaan bagaimanapun bersurai selepas beberapa jam setelah mengisytiharkan satu kemenangan bagi gerakan itu.Gerakan 'Occupy Wall Street' bermula di New York dan merebak ke bandar lain bertujuan menentang ketamakan korporat.
Penganjur bantahan kelmarin berkata mereka mahu menghentikan 'pengaliran kapital.'Sementara itu, di beberapa bandar lain, penunjuk perasaan turut menyasarkan syarikat besar dalam bantahan mereka kelmarin.Di Philadelphia, seramai sembilan penunjuk perasaan ditahan apabila mereka berhimpun di ibu pejabat syarikat gergasi kabel, Comcast.
Sekitar 100 pegawai veteran tentera yang lengkap memakai uniform pula berarak di New York membantah masa depan kerjaya mereka yang didakwa malap.Mereka kemudian berhenti di luar Bursa Saham New York, dengan para polis menghalang golongan itu daripada memasuki bangunan berkenaan.
anjlinabatra · 232 weeks ago