PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Sunday, 30 October 2011

Liga Perdana England - Akhirnya Ferdinand buka mulut


LONDON: Buat pertama kali kelmarin, Anton Ferdinand tampil untuk mengulas kenyataan John Terry yang berbaur perkauman dengan menyebut insiden tersebut sebagai tempoh yang bergelora.

Insiden itu berlaku semasa Chelsea tewas 0-1 di tangan Queens Park Rangers (QPR) dalam pertandingan Liga Perdana England di Loftus Road pada 23 Oktober lalu.Terry telah menafikan ada membuat kenyataan seperti itu, tetapi Persatuan Bola Sepak England (FA) telah menyiasat insiden tersebut.Polis Metropolitan juga membuat siasatannya setelah menerima aduan daripada pihak yang tidak dikenali.


Walaupun Ferdinand menegaskan beliau ingin menumpukan perhatian kepada pertarungan menentang Tottenham Hotspur esok, beliau akui apa yang berlaku telah menjejas kehidupannya.'Saya berasa tidak menentu sejak beberapa hari lalu,' kata Ferdinand kepada akhbar Daily Telegraph.

'Bagaimanapun, saya begitu ghairah untuk menghadapi pertarungan dengan Spurs. Sesiapa yang mengenali saya tahu bahawa apa juga yang berlaku, keutamaan saya ialah tetap kepada bola sepak,' ujar Ferdinand.Ferdinand enggan mengulas tentang detik yang membawa kepada insiden yang mencetuskan kontroversi itu.

Bagaimanapun, pemain pertahanan QPR itu telah mengucapkan terima kasih bukan sahaja kepada rakan-rakan sepasukan, bahkan teman-teman daripada kelab-kelab lain kerana memberikan sokongan moral dalam isu ini.'Saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jason Roberts daripada Blackburn kerana sokongannya.

'Selain daripada itu, saya juga tidak lupa sokongan rakan-rakan sepasukan dan juga para pemain profesional daripada kelab-kelab lain,' Ferdinand memberitahu.Difahamkan, FA England akan menemui Ferdinand dan juga Terry untuk mendapatkan keterangan daripada kedua-dua pihak.Selain daripada itu, FA juga akan mendapatkan keterangan daripada pemain-pemain Chelsea dan juga QPR.

Dalam perkembangan lain, Terry tidak mungkin akan dilucutkan jawatannya sebagai kapten pasukan England sehingga selesai siasatan kes ini.England akan mengadakan dua perlawanan persahabatan, pertama menentang Sepanyol dan kemudian Sweden bulan depan.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...