PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Sunday, 27 November 2011

Teruskan Berjuang Walaupun Saya di Penjara - Anwar


JOHOR BAHRU,27 NOV: Penjara bukan menjadi halangan untuk meneruskan reformasi dalam parti sebaliknya harus dijadikan semangat untuk meneruskan perjuangan membela rakyat.

"Saya tidak takut dan tidak gentar kalau pun saya dipenjara kerana agenda mereformasikan negara ini dari cengkaman kezaliman pemimpin-pemimpin Umno-BN merupakan agenda rakyat yang didokong oleh Keadilan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Saya dipenjarakan enam tahun, ada harga minyak turun? Politik antara kaum bertambah baik? Negara semakin sejahtera? Jadi semua yang berlaku selama ini bukan kerana Anwar," tegas Anwar di dalam ucapan penggulungannya di Kongres Parti Keadilan Rakyat ke-8 di sini.

Anwar berkata pertemuan dengan rakyat bawahan untuk mendengar keluh kesah mereka adalah ubat mujarab yang menjadi formula kepada karier politiknya yang sering dihimpit pelbagai dugaan dan cabaran pihak lawan.

"Saya belajar semua ini dengan siapa? Dengan pak lebai dan semangat saya datangnya dari mana? Dari mak cik tua. Golongan ini yang memberi api kepada obor perjuangan kita.

"Setiap kali saya bersua muka dengan rakyat bawahan, saya renung mata mereka, saya nampak harapan mereka," katanya.

Menyedari kekuatan perjuangan Pakatan Rakyat berpunca dari rakyat bawahan, Anwar menjelaskan Umno-BN menjadikan golongan ini sebagai sasaran untuk menyebarkan fitnah bagi memburukan dan menyemai benih kebencian kepada Pakatan.

"Strategi penting mereka (Umno-BN) ialah menyebarkan fitnah dan khabar angin supaya membenci kita."


TVS News

MB Pahang jadikan Kuantan sebagai ''tong sampah'' radioaktif?


JOHOR BAHRU 27 Nov: Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Adnan Yaakob bakal berdepan tindakan mahkamah kerana bertanggungjawab menjadikan Malaysia ‘tong sampah’ sisaradioaktif, kata Lee Chean Chung.
Ini kerana, kata perwakilan dari Pahang itu, Adnan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membiarkan loji memproses nadir bumi Lynas beroperasi di Malaysia walaupun ia dibantah majoriti rakyat.

Cristiano Ronaldo jadi saksi skandal seks bebas PM


Kronologi skandal panas mantan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang membabitkan pelacur Morocco bawah umur, belum berakhir. Kali ini episod baru terbuka lagi, apabila mahkamah di Milan mengarahkan aktor tersohor Hollywood, George Clooney  dan bintang bola sepak Portugis, Cristiano Ronaldo tampil sebagai saksi pembelaan kes skandal Berlusconi.

SALAM MAAL HIJRAH 1433H


Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H

Saturday, 26 November 2011

Blogger umno kantoi fitnah Mb kedah

Siapa tidak kenal dengan blogger fitnah umno. Terbaru saya baru perasan satu blog umno iaitu Duke of UMNO, dimana postingnya itu cuba memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah, kononnya Ustaz Azizan, MB kedah diselamatkan umno.


boleh ke blog lembu umno di sini 

Apa yang dimaksudkan oleh blogger tersebut ialah, Ir Phahrolrazi dan Ir Amiruddin Hamzah cuba menggulingkan Ustaz Azizan di Kedah, dan musuh PAS kedah adalah orang Pas kedah sendiri. Tetapi itu hanyalah propaganda blogger lembu umno yang cuba menjatuhkan kerajaan PAS Kedah.

Ahli Parlimen KEADILAN menyanyi untuk kutip derma

KONGRES Keadilan 2011 yang berlangsung di Pulai Srings Resort, Johor Darul Takzim terus mencatat peristiwa-peristiwa yang menarik. Terbaru, seorang MP Keadilan Datuk Johari Abdul menyanyi bersama dalam satu 'busking' bagi membantu satu acara mengumpul derma untuk program "Hope 2 Walk".




Datuk Johari Abdul yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani kelihatan bersama sekelompok besar perwakilan dan pemerhati yang sama-sama berkumpul semasa sesi berehat, tidak kekok dan dengan sikap penuh sporting bersama-sama seniman yang dijemput menyanyi bersama sambil memegang kotak derma.

Antara lagu yang dinyanyikan bersama adalah "Berita Untuk Kawan" yang pernah dipopularkan oleh Ebiet G. Ade, penyanyi tersohor Indonesia. Kelompok besar yang bersama turut memberikan sokongan dan menyanyi bersama-sama sambil menghulurkan derma.

Sumbangan adalah untuk program "Hope 2 Walk" yang dijalankan bagi membantu adik Annisa dan adik An-Nur untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan menerima pendidikan yang baik. Kedua anak istimewa ini hilang keupayaan untuk berjalan.



Sesiapa yang berminat untuk menyumbang bolehlah menghubungi penganjur di talian 012-2124414/013-2096373/013-2031355 yang dibuka 24 jam sehari. Penyumbang juga boleh menderma terus ke dalam Tabung Harapan Annisa dan An-Nur di nombor akaun Maybank 156114001424 milik bapa mereka, Mohd Affandi Bin Ramli.

Selain itu, boleh juga menyumbang terus ke nombor akaun Bank Islam 14229020019752 milik adik Annisa Bt Mohd Affandi. Setiap sumbangan adalah satu langkah harapan.

Layari www.hope2walk.blogspot.com atau www.facebook.com/pages/Hope-2-Walk untuk maklumat lanjut.
source:

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...