PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Wednesday, 25 January 2012

Akhirnya Gangster UMNO Jalan Kebun Ini Telah Ditahan Polis?

Inilah gambar yang dikatakan salah seorang dari gangster yang telah menyerang ceramah ABU di Jalan Kebun, semalam. Adakah beliau yang ditahan?  

SHAH ALAM, 25 JAN : Polis Selangor telah menahan seorang lelaki berusia lewat 20-an bagi membantu siasatan insiden serangan ketika ceramah Asal Bukan UMNO (ABU) di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam, Jalan Kebun di sini, Sabtu  lalu.

Dia ditahan pagi semalam selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.

Menurutnya, lelaki tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan keterangan daripada saksi juga sudah diambil.

“Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir,” katanya.

Beliau berkata, ceramah yang dianjurkan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya tetapi keadaan dapat dikawal selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.

Zahedi juga menegaskan, tidak berlaku sebarang kerosakan di dalam atau luar dewan ketika kejadian termasuk dakwaan gerai yang dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Menurutnya, empat laporan diterima selepas kejadian tersebut dan hasil daripada laporan, pihaknya mengambil tindakan dan membawa kepada penahanan seorang suspek untuk siasatan.

sumber: AntaraPos

PANAS ! DEBAT Najib dan Anwar : Najib Masuk Maharaja Lawak

Memang diijangkakan Najib tidak akan berani untuk berdebat secara terbuka dengan mana-mana pemimpin PR. Di kalangan Umno hanya beberapa kerat sahaja pemimpinnya yang berani berdebat di hadapan rakyat. Antaranya Shabri Cheek, Saifuddin Abdullah, Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin, yang lain semuanya pengecut. Cakap berdegar-degar hanya di media tetapi diajak berdebat di hadapan rakyat mereka tidak berani.

Maka pelbagai alasan diberikan oleh Najib. Ianya disampaikan melalui Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan. Antara alasannya yang boleh dikategorikan pemenang raja lawak ialah :-

Cadangan debat terbuka bagi membincangkan beberapa isu dianggap tidak sesuai untuk dilaksanakan, budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini.

Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan bangsa. Tidak seperti di Barat di mana politik mereka lebih bersifat terbuka serta tidak melibatkan pelbagai kaum.

Banyak sensitiviti rakyat perlu diutamakan. Untuk menyampaikan setiap dasar, memberi ceramah sudah memadai dengan membentangkan apa sahaja topik yang ingin dibawa.

Anwar sering dikaitkan dengan isu peribadi. Jadi kebarangkalian untuknya dikaitkan di dalam debat adalah tinggi, ditambah dengan isu peribadinya yang masih belum selesai.

Dewan Rakyat adalah platform sesuai digunakan semua pemimpin untuk mengutarakan pelbagai isu.

Itu alasan yang diberikan oleh Ahmad Maslan yang kesemuanya jelas tidak professional dan melambangkan Najib takut berdepan dengan Anwar dan pemimpin PR disebabkan beliau bimbang tidak dapat menangkis hujah dan fakta yang dikeluarkan di depan rakyat.

Ternyata Najib berjiwa kecil dan tidak berwatak sebagai seorang Negarawan. Sepatutnya sebagai seorang yang berjiwa besar dan bakal digelar Negarawan beliau berani untuk menerima apa juga nasihat dan kritikan membina dari sesiapa sahaja, bukannya mengamalkan sindrom penafian.

Kalau begitu sifatnya beliau tidak layak untuk digelar Negarawan............ 
PERDANA MENTERI WOO... :) 
Lepas ni PR akan cabar najib LAWAN BERPANTUN IKUT ADAT MELAYU TENGOK APA LAGI ALASAN DIA...
via :DEMO LANIE



Malay professionals want Najib-Anwar debate, says Merdeka Center


KUALA LUMPUR, Jan 24 — Many Malay professionals would like to see Prime Minister Datuk Seri Najib Razak debate Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim on policy issues, the Merdeka Center said today.
The independent pollster told Sinar Harian its focus group discussions with Malay professionals showed they were keen on a debate where both leaders talked about larger issues affecting the country, not personal ones.
“There appears to be a change in what the people want. They want a new culture of debate rather than smear campaigns,” Merdeka Center director Ibrahim Suffian (picture) told the Malay-language daily.
The centre’s findings come just 10 days after Anwar challenged Najib to a public debate over national policies during his winding-up speech at the Pakatan Rakyat (PR) convention in Alor Star.
The PKR de facto leader had said that an open debate would let voters decide for themselves if the opposition pact’s plans for Malaysia had merit.
The ruling Barisan Nasional (BN) coalition has criticised PR’s alternative policies as populist and irresponsible.
It was the third such challenge issued by Anwar to Najib, who has so far declined to go toe-to-toe with the former deputy prime minister.
Najib, who is Umno president, previously demurred by saying that political parties were more important than individuals in Malaysia’s parliamentary democracy.
However, he also stressed that he would not baulk if required to face off against the charismatic Anwar in a presidential-style debate.
“I’m not afraid of Anwar Ibrahim,” Najib had said to loud cheers from delegates at the close of the Selangor BN convention in September last year.
A survey commissioned by PKR in August last year showed that Najib was more popular than Anwar especially among Malays despite being seen as indecisive and a poorer communicator.
The poll noted, however, that Anwar could combat Najib’s “surface appeal” by leveraging on his image as a strong, decisive leader with good communication skills and an understanding of economic issues.
The prime minister was seen positively by 53 per cent of voters compared to 40 per cent who backed Anwar.
Najib was also the overwhelming favourite among the Malays, with 71 per cent backing the Umno president compared to just 32 per cent who viewed Anwar favourably.

Penjelasan Isu KUIN

Masalah yang berlaku di KUIN sekarang ini berpunca daripada rasa tidak puas hati pelajar terhadap beberapa masalah yang pada pandangan mereka tidak berjaya diselesaikan oleh pentadbiran kuin dengan baik. Jika kita mengkaji secara lebih mendalam, masalah-masalah yang mereka timbulkan ini bukan hanya berlaku pada sesi 2010/2011 sahaja, tetapi telah berlarutan sejak beberapa tahun. MPM pada sesi sebelum ini pun memperjuangkan isu yang sama.

Rentetan daripada masalah ini dan desakan berterusan daripada mahasiswa, maka Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN (MPMKUIN) telah menganjurkan satu himpunan mega mahasiswa pada 11.01.2011 untuk menuntut masalah-masalah ini diselesaikan segera.

Perhimpunan ini juga dihadiri oleh rektor dan pengurusan tertinggi KUIN. 21 masalah telah dibangkitkan. Antaranya ialah :

1. Masalah kelewatan bayaran ptptn dan zakat
2. Isu penempatan pelajar
3. Isu keselamatan
4. Masalah disiplin
5. Yuran asrama dan pengajian yang tinggi
6. Etika pemakaian pelajar
7. Kemudahan asas dan bilik kuliah tidak mencukupi
8. Masalah pengangkutan pelajar yang tinggal di asrama
9. Karenah birokrasi yang teruk dll.

Dalam perjumpaan itu, rektor dan beberapa pegawai kanan KUIN berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sebaik mungkin. Selepas menanti selama 3 bulan, pentadbiran KUIN dilihat seolah-olah tidak bertindak sesuatu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Padahal, masalah yang berlarutan sejak bertahun- tahun sebelum ini memerlukan penstrukturan semula KUIN secara menyeluruh, dari semua sudut. Apa yang sedang di buat oleh kerajaan sekarang ialah transformasi secara total, baik dari sudut pembangunan kursus, perubahan attitude pensyarah dan pelajar, kediaman dan kemudahan-kemudahan. Pembinaan kampus tetap adalah sebahagian dari komitmen besar kerajaan ke arah itu.

Daripada tiga ribu pelajar, kini KUIN menampung tujuh ribu pelajar. Sudah tentu masalah yang berlarutan itu juga semakin mendesak untuk diselesaikan. Usaha gigih ini sudah menampakkan hasil yang sangat baik dari masa ke semasa. Tidak mungkin ia dapat memenuhi semua tuntutan dalam sekelip mata.

Tidak dapat dinafikan UMNO melihat peluang memadamkan political millage yg diraih oleh PAS dengan usaha- usaha penambahbaikan KUIN sama ada menerusi pembinaan kampus tetap di Kuala Ketil, penambahan kursus dari 7 program ke 42 kursus termasuk Perubatan yang akan bermula Julai ini dgn pengambilan pertama seramai 100 org. Jarum politik UMNO dicucuk di pusat tahfiz KUIN, tempat paling rapat dan paling sensitif dgn umat islam dan melayu- lanskap politik Kedah.

Kemudian timbullah isu baru iaitu pelajar-pelajar diploma tahfiz diarahkan untuk mengosongkan asrama Ar-Razi ( berhampiran Masjid Sultanah) untuk memberi laluan kepada Sekolah Bistari (internatinal school di bwh anak syarikat Insaniah Holding) Pelajar dan guru tahfiz yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut telah mengadakan satu demontrasi dihadapan bangunan tersebut pada 1/4/11 selepas solat jumaat. Pada selepas subuh lagi, jemaah masjid dr kalangan UMNO telah menjaja akan ada demo selepas jumaat pd hari tersebut. Perhimpunan ini telah mendapat liputan yang luas di media massa dan secara tidak langsung telah mencalarkan imej Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato' Seri Ust Azizan Abd Razak. Laporan kepada MB pulak datang dengan berbagai versi yg melibatkan pemalsuan laporan oleh dekan dan pensyarah pusat pengajian itu. Esoknya, satu laporan baru yg dilunakkan dihantar, dan sekan membuat statement ttg salahlapor sebelumnya. Ini memberikan imej buruk kepada KUIN dan Kerajaan Negeri.

Kejadian serangan bom petrol dihadapan pejabat HEP beberapa hari kemudian juga telah dikaitkan dengan demontrasi tersebut. Seterusnya berapa kenyataan media dan tindakan susulan dilakukan oleh pelajar, pensyarah, pengurusan kuin dan pimpinan kerajaan telah menjadikan isu ini semakin rumit. Pelajar yg dikenakan tindakan adalah antara penganjur demo dan berucap di khalayak dan memberi statement kepada media memburukkan imej KUIN dan kerajaan.

Akhirnya, 6 orang pelajar tersebut telah diberikan surat tunjuk sebab diatas beberapa kesalahan seperti menghadiri demontrasi, memberi kenyataan kepada media tanpa kebenaran, mengganggu ketenteraman awam dan lain-lain. Selepas dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin KUIN, 5 orang telah digantung pengajian dan seorang didenda RM 100.

TINDAKAN DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

DPPNK melalui JPM telah mengadakan beberapa siri perjumpaan tertutup dengan wakil mahasiswa dan pensyarah untuk menyelesaikan kemelut ini. Kita ingin terus membantu, mahasiswa maupun pihak pengurusan KUIN.

Berbagai pandangan dan nasihat yang diberikan untuk menyelesaikan isu ini tetapi, isu ini menjadi semakin panas apabila ada campurtangan dari SMM dan beberapa gerakan mahasiswa di lembah kelang.

Antara tindakan mereka ialah menghantar satu memorandum kepada pimpinan tertinggi PR termasuk Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mereka menuntut agar YAB Dato' Seri Ust Azizan dinasihati dan ditegur.

Pada 29 Mei 2011, DPPNK telah mengambil langkah menjemput semua pihak termasuk wakil pentadbiran KUIN untuk memberikan penjelasan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH PENTADBIRAN

1. MASALAH KELEWATAN BAYARAN PTPTN
Ptptn mempunyai jadual pembayaran yang tetap, dan pihak kuin tidak ada kuasa untuk melakukan perubahan, selain itu, ada sesetengah pelajar yang tidak menyediakan dokumen yang lengkap menyebabkan bahagian pemprosesan maklumat peminjam di jabatan hep terpaksa menunggu untuk menghantar permohonan secara serentak.

2. ISU PENEMPATAN PELAJAR
Asrama yang ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah yang ramai, selain itu kuin mempunyai sumber kewangan yang terhad dan tidak mampu untuk menyediakan penempatan kepada semua kerana sewa yang dikenakan untuk sesebuah rumah tinggi, akibatnya terpaksa menanggung subsidi yang tinggi. Contohnya, bahagian perumahan negara meletakkan harga bagi sebuah rumah di flat gemilang ialah rm 750. Sedangkan pihak kuin mengenakan yuran asrama hanya rm 50 sebulan. Untuk keselesaan, sebuah rumah hanya boleh memuatkan 8 orang pelajar. Rm 50 x 8 orang bersamaan rm400. Jadi kuin terpaksa menampung rm 350 untuk sebuah rumah.

3. YURAN ASRAMA DAN PENGAJIAN YANG TINGGI
Kuin antara ipts yang mengenakan bayaran yang terendah kepada pelajarnya berbanding dengan ipts yang lain.yuran pelajar diploma hanya rm 48 bagi satu jam kredit, manakala untuk ijazah rm 60 satu jam kredit. Ada sesetengah ipts yang mengenakan yuran sebanyak rm250 untuk satu jam kredit. Kementerian pengajian tinggi pernah menegur kuin kerana mengenakan yuran yang terlalu rendah seolah-olah mensia-siakan sumber yang ada iaitu yuran pelajar.

Kenaikan yuran juga untuk menampung kos penambahan pensyarah. Jumlah pelajar dalam sesebuah dewan kuliah sekarang ialah 150, manakala jumlah yang yang disyorkan oleh kpt ialah 50 orang untuk diberi keselesaan pembelajaran.

Selain itu, kuin ada mengenakan yuran pentadbiran kepada pelajar. Yuran ini bertujuan untuk peperiksaan, percetakan dan lain-lain lagi.

4. ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR WANITA
Masalah ini berlaku di kuliah kejururawatan dan hospitaliti kerana kuliah ini mewajibkan pelajar memakai pakaian seragam sesuai dengan bidang yang dipelajari, kod etika yang dikeluarkan oleh
kuin memang tidak menyalahi tuntutan syarak. Cuma ada segelintir pelajar wanita yang melakukan ubahsuai dan menyebabkan pakaian ini tidak memenuhi tuntutan syarak. Pihak hep akan melakukan tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini.

5. KEMUDAHAN ASAS DAN BILIK KULIAH TIDAK MENCUKUPI
Pihak kuin memang mengakui kelemahan ini, ada sesetengah bilik kuliah yang tidak mempunyai kemudahan kerusi, meja, mikrofon dan lcd yang secukupnya. Walau bagaimanapun pihak kuin memang berusaha untuk memastikan setiap bilik kuliah mempunyai kemudahan yang lengkap.

6. MASALAH PENGANGKUTAN PELAJAR YANG TINGGAL DI ASRAMA
Kuin hanya mempunyai 3 buah bas dan tidak mampu untuk mengangkut beribu-ribu pelajar yang berada di 4 asrama, untuk mengatasi masalah itu, kuin terpaksa menyewa bas-bas dari syarikat luar setiap hari dengan kos rm40 satu perjalanan. Oleh sebab itulah kuin terpaksa mengenakan sedikit yuran pengankutan kepada pelajar

Secara kesimpulannya memang pihak kuin berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar, tetapi kekangan utama ialah faktor kewangan. Peruntukan dari kerajaan negeri ialah 9 juta setahun, manakala perbelanjaan ialah 30 juta setahun. Kuin terpaksa mencari jalan untuk menampung lebih dari 20 juta. Jikalau kuin menaikkan yuran, maka pelajar akan mengadakan demontrasi, kalau yuran tidak dinaikkan, maka semua masalah ini sukar untuk diselesaikan. Dilema inilah yang dihadapi oleh pihak kuin sekarang.

KESIMPULAN
Akhirnya bolehlah kita simpulkan bahawa isu KUIN ini menjadi panas disebabkan beberapa faktor :

1. Kegagalan pihak pentadbiran KUIN menyelesaikan masalah yang disuarakan dan tidak membuat penjelasan secara terperinci kepada pelajar.
2. Kegagalan MPM mendapatkan penjelasan tentang masalah yang mereka bangkitkan.
3. Hubungan pentadbiran KUIN khususnya HEP dengan MPM yang semakin renggang.
4. Masalah kewangan yang dihadapi oleh KUIN.
5. Demontrasi yang dilakukan untuk mengangkat isu ini kepada umum.
6. Permainan media menjadikan isu ini kontraversi.
7. Hubungan pegawai tinggi KUIN dengan staf bawahan pensyarah tidak begitu baik.
8. Campurtangan daripada pihak luar yang mengeruhkan keadaan.

Semua pihak berharap agar isu kuin ini segera selesaikan dengan cara yang baik. Semua pihak mesti bersedia duduk berbincang dan berlapang dada untuk menerima kelemahan dan kekurangan masing-masing. Matlamat perjuangan mesti diletakkan dihadapan mengatasi kepentingan peribadi. Keikhlasan dan keazaman untuk mencari penyelesaian adalah anak kuncinya. Agar beroleh keredhoan didunia dan diakhirat.

Kerajaan negeri, khususnya MB sgt komited utk merungkai masalah KUIN sejak bertahun-tahun menjadi cacamerba dibawah BN. Sebarang tindakan yang memberi kesan negatif kepada KUIN dan kerajaan negeri sangat memberi bekas kpd usaha2 ini. Kerajaan harus diberi peluang dan masa untuk merungkai masalah ini satu persatu. Kami hanya perlukan sedikit masa dan sokongan, bukan kegopohan dan aksi gelojoh akibat tertusuk jarum UMNO.

Siapa yang peduli dengan KUIN sebelum ini? Kenapa susah payah membangunkan KUiN tidak dipeduli, tetapi bila ada pihak yang tergopoh gapah mencalarkan imej dan melanggar peraturan sedia ada diambil tindakan, dipersalahkan KUIN pula! Diarahkan pula memberi kemaafan kerana mereka punya hak untuk berdemo walaupun atas asas teknikal yang tidak sepatutnya diangkat sebagai perjuangan mahasiswa.

Ya boleh! Kata MB, tetapi mesti melalui proses rayuan. Hari ini mereka menghantar surat "tidak mengaku salah" malah mengecam pengurusan KUIN dan Lembaga tatatertib, juga membuat edaran kpd media. Surat itu dibuat oleh peguam yang mereka lantik. Siapa pula peguam itu? Fahamkan mereka isunya apa, masalahnya apa, puncanya apa dan kenapa tindakan diambil?

Pada 6 Jun ini, sesi kemasukan pelajar baru bermula. Pihak pelajar yg kena tindakan dan penyokong mereka mengadakan kempen boikot sesi itu, dan mungkin ada demo lagi. Apa tindakan yg perlu? Maafkan? Tengoklah.......!

Selepas semua usaha dan perbincangan untuk membantu dari kami di DPPNK tidak dipedulikan, malah pihak diluar terutama di KL lebih senang didampingi untuk mencari sandaran atas ketelanjuran mereka.. kalau perlu, Saya mahu istiharkan Perang!!!! Dengan kedegilan!

Muhammad Sanusi Md Nor. - SETPOL MB

[Video Penuh]: Hijrah Menuju Illahi Bersama Ustaz Kazem Elias & Ustaz Azhar Idrus

Part 1


Part 2

Tuesday, 24 January 2012

Perutusan Tahun Baru Cina Dari Anwar Ibrahim


SHAH ALAM : Saya mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai kepada semua kaum Cina di Malaysia. Adalah diharapkan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini lebih meriah dengan sambutan bersama rakyat Malaysia keseluruhannya.
Tahun ini merupakan tahun Naga. Ianya melambangkan, antaranya Keadilan, Keberanian dan Berhikmah buat masyarakat Cina.
Oleh kerana itu sempena sambutan tahun baru, yang selalu dianggap sebagai satu titik permulaan serta memperkukuh azam, saya berharap kita bersama beriltizam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum yang adil dan saksama.
Perpaduan perlu dijalin demi kemaslahatan negara. Kita berhasrat Malaysia yang dicintai ini senantiasa makmur, bebas dari rasuah dan rakyatnya hidup dalam kerukunan serta harmoni.
ANWAR IBRAHIM
Penasihat Ekonomi Selangor

PAN Dan SYABAS Digesa Tukar Paip Air Usang


KUALA LUMPUR, 6 JANUARI : Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan SYABAS diseru untuk mempercepatkan pelaksanaan penggantian paip-paip yang sudah berusia hampir 25 tahun sehingga menyebabkan berlakunya 27 kejadian paip pecah dalam tempoh dua bulan mutakhir ini.


Ahli Parlimen Lembah Pantai,Nurul Izzah Anwar berkata kejadian itu tidak wajar berterusan berlaku khususnya di kawasan seperti Bangsar kerana kawasan ini merupakan kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

” Saya juga dimaklumkan sehingga 1 Januari lepas masih lagi berlaku kejadian ketiadaaan air, isunya yang utama ialah ketiadaan notis yang mencukupi daripada pihak Syabas dan menyusahkan penduduk-penduduk tempatan,” kata Izzah semasa lawatan turun padang ke tapak takungan air di Bukit Bandaraya di sini.

Menurut Izzah, beliau banyak menerima aduan daripada penduduk di Taman Lucky Garden di Bangsar berkenaan masalah gangguan bekalan air akibat daripada paip milik SYABAS yang menyalurkan bekalan air ke kawasan berkenaan pecah.

Masalah itu jelas Izzah menyukarkan aktiviti penduduk di kawasan tersebut dan sepanjang tempoh pembaikan tidak ada alternatif untuk membekalkan sumber bekalan air kepada penduduk.

“Walaupun masalah ini sudah lama dikenalpasti, jawapan SYABAS menyatakan pihak Suruhanjana Perkhidmatan Air Negara (SPAN) belum lagi meluluskan untuk penggantian paip di kawasan Bangsar walaupun mereka sudah melakukan lawatan tapak pada 13 Disember yang lalu.

” Arahan pihak SPAN ialah untuk menangguhkan pelaksanaan semua program pengurangan air tanpa hasil termasuklah penggantian paip-paip lama sehingga cadangan penstrukturan semula perkhidmatan air Kuala Lumpur dan Putrajaya selesai sepenuhnya,ini membimbangkan.” kata Izzah.

Izzah berkata,penduduk yang mengalami gangguan bekalan air tidak diberikan sebarang notis gangguan bekalan air yang menjejaskan kehidupan harian penduduk.

” Alasan hendak menunggu sehingga penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air dilakukan di negeri Selangor dan Kuala Lumpur serta Putrajaya tidak munasabah, pada saya Kuala Lumpur tidak ada masalah kerana ia di bawah kerajaan pusat termasuk pengurusan sisa pepejal yang juga di bawah kerajaan pusat , takkan tidak boleh selesai dan kita perkara ini tidak boleh tunggu,” tegas Izzah.

” Saya gesa pihak SPAN untuk meneliti perkara ini dan jangan korbankan masa depan penduduk Kuala Lumpur khususnya berkaitan dengan perkhidmatan air,” katanya.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...