ALOR SETAR, 15 November 2011 – Kerajaan negeri yakin projek membina rumah mampu milik di seluruh Kedah akan memberi peluang kepada kira 25 ribu keluarga yang mendaftar untuk memiliki rumah sendiri.
Berucap sempena Ucapan Bajet 2012, Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Penggal Keempat , Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri telah melantik STDC iaitu anak syarikat kerajaan negeri untuk membina rumah mampu milik di Kampung Seberang Terus dan Kampung Telok, Yan setelah fasa 1 projek Bandar Sejahtera di Pokok Sena mendapat sambutan yang menggalakkan.
“Selain itu, kerajaan negeri juga komited untuk membangunkan semula Kampung Kilat selain dua projek rumah mampu milik di Kuala Ketil dan Bandar Darul Aman.
“Dianggarkan kira-kira 1300 unit rumah akan dibina dan pembinaannya akan bermula pada tahun hadapan,” jelas beliau.
Di samping itu, kerajaan negeri juga mendapat kerjasama dari sebuah yayasan yang bermurah hati memberi sumbangan membina 100 buah rumah untuk keluarga miskin di Yan. Kerja-kerja asas telah dimulakan dan pembinaannya dijangkakan pada akhir Disember 2011.
“Ada pihak membangkitkan kononnya projek perumahan tersebut dibatalkan, sebenarnya kawasan tapak projek seluas 15 ekar baharu sahaja selesai ditambun pada Jun yang lalu.
“Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak membina rumah sehingga tanah tapak projek kukuh dan mantap,” terangnya.
Tambah beliau lagi, kerajaan negeri juga menerima sumbangan dari sebuah syarikat untuk membina rumah mampu milik di Simpang Tiga, Sungai Daun, Yan yang bakal dimulakan pada tahun 2012.
Sejumlah RM5 juta disediakan untuk menyelenggara, membaik pulih dan urusan pengeluaran hakmilik perumahan awam untuk meningkatkan kualiti kehidupan penyewa sedia ada.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Penggal Keempat diadakan di Wisma Darul Aman.

Terakhir Dikemaskini (Rabu, 16 November 2011 03:25am)
anjlinabatra · 232 weeks ago