PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Tuesday, 15 November 2011

Lapan maut dalam restoren di China

SIASAT BENCANA: Pasukan penyelamat menyelongkar serpihan runtuhan akibat letupan di sebuah restoran makanan segera yang telah mengorbankan lapan jiwa

BEIJING: Satu letupan, yang menggegarkan sebuah bangunan di utara China, semalam, telah mengorbankan lapan orang dan mencederakan lebih daripada 30 orang lain.
Menurut laporan media rasmi negara itu, letupan di restoran makanan segera itu memecahkan tingkap pejabat di tingkat satu dan dua bangunan pejabat yang terletak di Xian, ibu kota wilayah timur laut China, Shaanxi. Bandar Xian terkenal kerana patung-patung pahlawan China zaman silam yang diperbuat daripada tanah liat dan dipanggil, Terracotta Warriors.


Serpihan kaca yang melayang sehingga tiga kilometer akibat letupan pula mencederakan kanak-kanak yang melalui bangunan itu dalam perjalanan ke sekolah atau mereka yang sedang menunggu bas di perhentian berdekatan. Agensi Xinhua menukil para pegawai tempatan dan saksi sebagai berkata bahawa letupan itu dipercayai berlaku akibat kebocoran gas.

Namun, pihak polis mengatakan punca sebenar letupan masih belum dapat dipastikan dan mereka sedang menyiasat. 'Sejumlah 13 orang telah dimasukkan ke hospital kami dan tiga daripada mangsa itu meninggal dunia - dua lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun,' kata seorang doktor dari Hospital Shaanxi Renmin.

Menurut seorang jururawat di Hospital Xian Gaoxin pula, seramai 19 mangsa telah dikejarkan ke hospital itu dan empat daripada mereka meninggal dunia. Anggota bomba menemui mayat mangsa kelapan, seorang wanita, di bawah serpihan bangunan. Menurut doktor yang merawat mangsa, kebanyakan mangsa mengalami kecederaan di kepala dan muka. Sementara itu seorang pegawai biro keselamatan tempatan berkata pasukan penyelamat masih mencari mangsa dan jumlah sebenar mereka yang terbunuh dan cedera masih belum dapat dipastikan

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...