PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Monday, 14 November 2011

Perdana Menteri letak jawatan sebab krisis hutang!

TAMAT ERA PEMERINTAHAN: Mantan Perdana Menteri Italy, Encik Silvio Berlusconi, melambai kepada orang ramai ketika meninggalkan kediamannya di Rome, semalam

Pakar ekonomi dan mantan Pesuruhjaya Eropah disebut jadi pengganti


ROME: Perdana Menteri Italy, Encik Silvio Berlusconi, meletak jawatan semalam, selepas krisis hutang negara itu menamatkan eranya selama hampir dua dekad dalam kancah politik.Pengumuman peletakan jawatan Encik Berlusconi, 75 tahun, dibuat oleh pejabat media Presiden Giorgio Napolitano, yang secara rasmi menerima peletakan jawatan berkenaan.Sementara itu, pakar ekonomi dan mantan Pesuruhjaya Eropah, Encik Mario Monti, disebut-sebut bakal menggantikan Encik Berlusconi dan membentuk pentadbiran baru dalam usaha mengatasi krisis hutang yang melanda negara berkenaan.


Encik Berlusconi, yang gagal mendapatkan sokongan majoriti dalam pengundian penting Selasa lalu, telah pun mengemukakan surat letak jawatan selepas Parlimen meluluskan pakej rombakan ekonomi yang diminta oleh rakan- rakan Eropah bagi memulihkan keyakinan pasaran ke atas sektor kewangan Italy.

Selepas berita peletakan jawatan itu tersebar, beribu-ribu rakyat Italy bersorak kegembiraan dan berarak dari Istana Presiden ke kediaman Encik Berlusconi, sambil melaungkan: 'Penjara, Penjara, Penjara'.'Ini satu perkara yang sangat menyedihkan saya,' kata Encik Berlusconi yang ditukil oleh agensi berita Ansa kepada pegawai kanannya.Pemerintahan selama 17 tahun Encik Berlusconi sebelum ini turut dicemari dengan tuduhan rasuah dan skandal seks tetapi beliau akhirnya terpaksa berundur ekoran krisis ekonomi negaranya.

Sementara itu, Encik Napolitano semalam telah memulakan rundingan dengan pemimpin politik lain dan dijangka meminta Encik Monti membentuk pemerintah baru lewat semalam, sebelum pasaran saham dibuka hari ini.Italy, yang merupakan ekonomi ketiga terbesar dalam zon Euro, hampir dilanda bencana minggu ini apabila pulangan bon 10 tahunnya meningkat melebihi paras 7.6 peratus, paras berbahaya yang sebelum ini memaksa Portugal, Greece dan Ireland mendapatkan dana menyelamat dari Kesatuan Eropah (EU) dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Italy, yang kini menanggung hutang sebanyak 1.9 trilion euro ($3.2 trilion), sering dianggap sebagai negara yang terlalu besar untuk diselamatkan dan dibenarkan muflis berbanding ekonomi kecil seperti Greece, yang ketika ini sedang cuba memenuhi syarat-syarat lebih ketat yang dikenakan EU-IMF

warta JINGGA : PM malaysia bila lagi? masih lagi sombong dan bujet one off !!

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...