kereta dikumpul untuk dilenyet lenyet |
BANGKOK: Pembuat kereta Jepun Honda semalam mula memusnahkan lebih 1,000 kereta di Thailand bagi memberi jaminan kepada pelanggan tiada kereta rosak akibat banjir baru-baru ini akan dijual.
Kerja menjadikan kereta-kerata itu sekerap di kilang Honda di wilayah Ayutthaya dijangka memakan masa satu bulan, ujar syarikat itu dalam satu kenyataan.
Kilang itu terletak di Taman Industri Rojana, tempat banjir teruk Oktober lalu mengakibatkan pengeluaran terhenti dan ratusan kereta ditenggelami air berlumpur.
Sebanyak 1,055 kenderaan di kilang itu tidak dapat diselamatkan, ujar Naib Presiden Eksekutif Honda Automobile Thailand, Encik Pitak Pruittisarikorn.
'Kami tidak akan jual satu pun kereta rosak itu kepada pelanggan, atau jual atau gunakan semula sebarang bahagiannya,' kata beliau.
Kebanyakan kereta itu model City, Brio dan Jazz. -- AFP.
wartaJINGGA : kualiti untuk rakyat mesti dijaga oleh pihak atasan bagi menjamin rakyat selamat..
anjlinabatra · 231 weeks ago