Lembu hitam tunggu masa utk di sembelih-sekadar gambar hiasan
Akhirnya setelah 5 hari ditahan, Lembu Hitam itu dibebaskan oleh SPRM, tetapi ditahan semula oleh pihak Polis Diraja Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan,
“Kita tidak menutup kertas siasatan, walaupun suspek dibebaskan setelah remannya tamat semalam.“Sekarang ini kita memberi ruang kepada polis untuk menyiasat suspek berhubung kes penipuan,” kata Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali
Nampaknya kes ini sudah semakin serius, tetapi kenapa pula orang yang benar-benar terlibat dalam penyalahguna wang dana tersebut masih bebas? Apakah mereka-mereka yang benar-benar terlibat (NFC) dengan penyalahgunaan wang rakyat ini seperti yang dihebohkan sebelum ini tidak bersalah? Adakah kes lembu NFC ini akan selesai dan ditutup selepas pihak berkuasa menghukum "lembu hitam" tersebut? Inilah persoalan-persoalan yang berlegar-legar di fikiran rakyat Malaysia pada hari ini.
WartaJingga: Lain yang dilaporkan oleh rakyat, lain pulak yang disiasat! Sampai kiamat pun takkan selesai kes ini, Ubahlah Kerajaan Demi Rakyat Malaysia!
Kertas siasatan NFC dalam proses
Tarikh : December 28, 2011
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sedang menyiapkan kertas siasatan ahli perniagaan yang dikaitkan dengan kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, kertas siasatan itu akan dihantar kepada pendakwa raya.
“Kita tidak menutup kertas siasatan, walaupun suspek dibebaskan setelah remannya tamat semalam.
“Sekarang ini kita memberi ruang kepada polis untuk menyiasat suspek berhubung kes penipuan,” katanya.
Laporan akhbar menyebut suspek lelaki berusia 45 tahun itu direman lima hari bagi membantu siasatan kes NFC telah dibebaskan, namun ditahan semula kelmarin bagi membantu siasatan kes penipuan.
Mustafar berkata, pegawainya sedang mengumpu lmaklumat yang boleh membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009.
Menurutnya, ini termasuk mendapatkan maklumat daripada pusat pemprosesan pusat (CPU) dan empat sampul surat putih, dipercayai mengandungi dokumen lain di ambil dari pejabat NFC di Solaris Mont Kiara dekat sini, Jumaat lalu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, suspek kini ditahan reman sehingga 29 Disember bagi membantu siasatan kes penipuan tersebut.
anjlinabatra · 231 weeks ago