PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Sunday, 25 December 2011

Samun RM 3 Juta vs Samun RM 20


Inilah yang berlaku di Malaysia hari ini, realitinya wujud dua set undang-undang yang diguna pakai oleh Kerajaan Barisan Nasional kini. Satu set untuk pemimpin-pemimpin UMNO, satu set lagi adalah untuk rakyat Malaysia. Bagaimana ini boleh berlaku? Untuk kesalahan rasuah berjuta-juta dan didapati bersalah, hukumannya adalah satu tahun penjara tetapi untuk kes samun RM20 dipenjara tiga tahun? Apakah perbezaan kedua-dua jenayah ini? Rata-rata rakyat Malaysia berpendapat bahawa rompak, mencuri menyamun, mengebas dan merasuah adalah berada dalam kategori jenayah yang sama. Cuma bagi dalam sistem kehakiman negara ianya berbeza dari segi jumlah wang dan harta yang dicuri tersebut dan bergantung kepada penilaian hakim untuk menjatuhkan hukumannya mengikut kes! 

Adakah kerana kes itu melibatkan pemimpin-pemimpin umno, hukuman itu menjadi ringan? Jangan sampai rakyat beranggapan bahawa undang-undang di Malaysia hanyalah untuk menjaga harta rasuah yang disamun oleh pemimpin-pemimpin umno ini sudahlah.... Adakah ini akibatnya HUKUM ALLAH SWT tidak dilaksanakan! Wallahualam..

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...