Apabila mengimbau kembali sejarah Bersih, gua sudah post perangai pelik UMNO yang suka memaki hamun secara umum di media milik mereka [Maki hamun umno].
Kejadian tersebut berlaku di Perak.
Temoh : Sekali lagi, UMNO perak menerima lagi tamparan besar dari pemimpin mereka, iaitu Ketua Cawangan mereka sendiri, yang telah membenarkan ceramah Pakatan Rakyat dibuat di rumah beliau.
Tindakan Ketua Cawangan UMNO ini merupakan satu tamparan hebat buat UMNO sekaligus membuktikan kekukuhan Pakatan Rakyat dalam membela rakyat. Tindakan ini sepatutnya dijadikan contoh buat Ketua-ketua cawangan UMNO yng lain agar membuka mata mereka dalam perpaduan di Malaysia.
Tindakan ini juga menunjukkan kerapuhan Parti Barisan Nasional di Perak dalam menjaga kebajikan Rakyat.
Kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional khususnya di Negeri Perak semakin hari semakin berkurang ekoran pelbagai Kontroversi yang melanda UMNO seperti NFC, pemborosan Rosmah Mansur, rasuah dan sebagainya. Selain itu, video seks dan fitnah yang berleluasa dalam UMNO juga semakin ketara dan tidak dapat ditangani dengan baik juga menjadi salah satu faktor rakyat sudah mula hilang kepercayaan terhadap Pimpinan Barisan Nasional di Perak.
Pimpinan Pakatan Rakyat yang semakin baik dan cemerlang juga menjadi faktor utama kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional yang semakin hari, semakin hilang kredibilitinya.
wartaJINGGA : jom Sokong PR untuk Malaysia Lebih Cemerlang dan Bebas rasuah