gambar hiasan |
Mahkamah semalam diberitahu bahawa Remie Mohamed Sanie, 31 tahun, menyerang isterinya setelah melihat gambar-gambar pasangannya itu bersama seorang lelaki di dalam kamera digital.
Dokumen mahkamah menyatakan bahawa kejadian berlaku pada Julai 2010 sekitar 11 malam sewaktu Cik Adelinadia Nurafni Bakri, 30 tahun, sedang tidur setelah pulang dari Bintan, Indonesia.
Pasangan tersebut pada ketika itu menetap di sebuah flat di Woodlands Street bersama seorang teman Cik Adelinadia.Remie kemudian memeriksa kamera digital milik Cik Adelinadia untuk melihat siapa yang telah ke Bintan bersamanya.Beliau menjadi berang melihat kebanyakan gambar tersebut menunjukkan isterinya bersama teman lelakinya.
Remie masuk ke bilik dan mencampakkan kamera tersebut ke arah Cik Adelinadia yang sedang tidur di atas katil dan menampar mukanya.
Apabila Cik Adelinadia meronta, Remie menanduk mukanya menyebabkan hidungnya berdarah.Sebuah laporan perubatan dari Hospital Parkway East menyatakan bahawa Cik Adelinadia mengalami keretakan pada hidungnya.
Beliau juga mengalami luka sepanjang satu sentimeter di batang hidungnya serta benjolan di kepala dan tangan kanan.
via : cyberita
WARTAJINGGA : JAGA ISTERI BAIK-BAIK NOOO!