Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang dengan majoriti mudah dan peralihan kuasa akan berjalan secara aman.
Katanya, ini adalah kerana pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, tidak akan mahu membahayakan masa depan mereka untuk terus berdegil memegang kuasa jika mereka kalah.
Kenyataan Anwar itu dilihat sebagai satu usaha untuk meyakinkan golongan atas pagar selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa pembangkang mungkin mencetuskan huru-hara jika mereka kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
Mesej yang sama turut disuarakan oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim dua hari lepas.
"... saya fikir mereka tahu rakyat tidak akan membiarkannya... kerana mereka tahu akan ada risiko besar," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.
Beliau menegaskan demikian di majlis makan malam Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di Kuala Lumpur malam tadi, apabila ditanya sama ada rusuhan akan tercetus jika BN kalah dalam pilihan raya.
Rakyat : Siapa makan rasuah? iawapannya UMNO.. Siapa penyeleweng wang rakyat dan negara? jawapannya UMNO.. Siapa menyelewengkan wang dana ? jawapan UMNO.. Siapa yg menyalah guna kuasa? jawapannya UMNO.. Siapa yg main politik kotor? jawapanya UMNO.. Siapa jaga kroni? jawapannya UMNO.. Siapa selalu keluarkan isu sex dan lucah? jawapannya UMNO.. Siapa mengamaalkan politik samseng? Jawapannya UMNO.. Siapa terpalit dengan perbicaraan mahkamah Perancis berhubung isu Scorpene? Jawapannya Presiden UMNO!!!! Siapa dituduh membunuh Altantuya ????????????
Dah terang lagi bersuluh tapi masih ada manusia2 bangang yang dok undi UMNO lagi. Alahai Malaysiaku..~