KUALA LUMPUR: Keputusan Panel Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terlibat dalam proses pemberian projek National Feedlod Corporation (NFC) kepada syarikat milik keluarga beliau dan mengenai pinjaman RM250 juta bukan mengejutkan dan sudah dijangkakan oleh seluruh rakyat Malaysia dan bukannya satu yang luar biasa.
Jelas Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, tindakan SPRM telah membuktikan sikap sebenar yang menjadi badan yang akan membersihkan segala kekotoran oleh pimpinan Umno-Barisan Nasional daripada sebarang skandal rasuah dan penyelewengan lebih-lebih lagi pilihanraya umum yang semakin hampir walaupun 'terang lagi bersuluh'.
"Jingga 13 yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia seluruhnya yang membenci kebejatan rasuah dan penyelewengan wang rakyat tidak akan mudah diperbodohkan dengan keputusan yang dibuat oleh Panel Operasi SPRM yang ternyata bertujuan menyelamatkan Ketua Wanita Umno tersebut.
"Sedangkan seluruh rakyat amat berkeyakinan berdasarkan siri pendedahan Skandal NFC adalah amat tidak relevan tanpa penglibatan Shahrizat , Mantan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat dalam projek nepotisme tersebut," jelas Fariz.
Menurutnya, rakyat akan mampu menilai dan membuat persepsi terhadap penyelesaian yang diambil oleh pihak SPRM dalam usaha menyelamatkan Shahrizat.
Malah tindakan melengah-lengah keputusan siasatan oleh panel siasatan Skandal NFC sehingga kini tidak ada sebarang tindakan, keputusan dan pendakwaan di buat walaupun pelbagai laporan SPRM telah dibuat oleh Jingga 13 dan KEADILAN terhadap penglibatan ahli keluarga Shahrizat dalam penyelewengan wang rakyat sejumlah RM250 juta.
"Laporan SPRM telah dibuat oleh Jingga 13 melibat Tan Sri Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas , Ahli Panel Penasihat SPRM pun sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan dan keputusan mendakwa Pengerusi Eksekutif NFC yang merupakan suami Shahrizat menggunakan Datuk Shamsulbahrin merasuah polis.
"Tetapi tindakan berbeza dan segera yang diambil oleh SPRM untuk membuka kertas siasatan semula terhadap Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yang telah ditutup kes 17 tahun lalu , sedangkan yang perlu diambil tindakan oleh SPRM ialah menyiasat terhadap kegagalan dan pelanggaran etika kerahsiaan dan integriti serta kredibiliti pegawai SPRM diragui sehingga fail sulit SPRM diserah dan dibocorkan kepada orang yang tidak sepatutnya dimiliki dan ianya adalah sangat serius," sambungnya.
Apa yang berlaku sedang diperhatikan oleh rakyat, Jingga 13 yakin bahawa rakyat adalah hakim negara dan tidak mudah terpengaruh dengan tindakan dan keputusan yang semata-mata untuk membersihkan najis yang tetap kotor dan menjijikkan.
keadilankini