Jumlah besar yang membanjiri program PAS di Kedah tidak akan diterjemahkan di kertas undi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan peserta dibayar untuk menghadirinya.
Beliau sendiri pernah berceramah dalam majlis yang dihadiri tidak sampai seratus orang tetapi masih mampu menang dalam pilihan raya, katanya dalam sidang media di Cyberjaya hari ini.
Anak kelahiran Kedah itu berkata, perkara itu akan dapat dilihat apabila pilihan raya berlangsung tidak selepas ini.
PAS mendakwa, dalam acara yang dinamakan "Himpunan Hijau ke Putrajaya" Sabtu lalu dihadiri lebih 100,000 orang. Ia dilihat cuba menyaingi perhimpunan besar Umno di Bukit Jalil dua minggu sebelum itu.
Warta Jingga: Macamanalah Tun Mahathir masih boleh yakin menang walaupun hampir semua rakyat sudah menyampah dengan Barisan Nasional? Inilah yg menjadi persoalannya! Adakah Tun Mahathir masih yakin rakyat khususnya pengundi atas pagar akan menyokong Barisan Nasional lagi sedangkan janji dan prestasi kerajaan Pakatan Rakyat lebih meyakinkan dan mengagumkan rakyat dari prestasi buruk kerajaan Barisan Nasional?
Inilah jawapan sebenarnya.
Ini adalah antara penipuan-penipuan yang dilakukan oleh sekutu Barisan Nasional dimana secara terang-terangan mereka mendaftarkan PATI @ warga Indonesia supaya mengundi mereka di PRU13 sekaligus memenangkan Barisan Nasional! Inilah kerja mereka selama ini! Sudahlah sanggup menipu, mencuri, merompak dan memufliskan Malaysia, mereka akan terus melakukan apa sahaja demi mempertahankan kuasa mereka dan diri mereka dari didakwa atas kesalahan-kesalahan mereka lakukan dari dulu hingga kini!!