Dari blog Lianglahad
Sebelum ini aku ada menyiarkan satu artikel berkaitan keadaan air di sebuah kampung di negeri Perak yang tidak pernah dapat bekalan air bersih dari Lembaga Air Perak sejak merdeka dan sehingga kini masih lagi menggunakan air bukit yang berkeladak dan tidak dijamin kebersihannya..
Kampung berkenaan adalah, kampung Poh di Bidor, Perak.
Sebuah kampung dalam negeri Perak, sebuah negeri yang sejak merdeka duduk di bawah pentadbiran BN kecuali 11 bulan selepas PRU ke 12 pada 2008 dulu apabila pakatan Rakyat berjaya memerintah Perak selama 11 bulan sebelum rampasan kuasa dilakukan oleh BN..
Dan artikel sebelum ini melaporkan bagaimana keadaan air yang masuk ke rumah-rumah penduduk dalam keadaan keruh dan bekalan air tidak bersih yang selalu terganggu setiap kali hujan..
Blog Anak Sungai Derhaka juga ada menyiarkan kisah tersebut [BACA SINI]
Kebetulan baru-baru ini, individu yang menyampaikan maklumat berkenaan air di kampung Poh dulu tu telah terlibat dalam satu gotong royong bagi membersihkan takungan air bukit yang menjadi sumber air minum penduduk kampung tersebut..
Kesempatan melibatkan siri dalam gotong royong tersebut,digunakan oleh beliau untuk merakamkan beberapa keping gambar keadaan takungan air sebagai bukti bahawa penduduk kampung Poh yang kebanyakannya penyokong kuat UMNO tetapi dipinggirkan dari pembangunan ini selama ini hanya meminum air sungai dalam kehidupan sehari-hari mereka..
Beliau memaklumkan sekiranya mahu pergi ke tempat takungan itu yang berada di atas bukit secara berseorangan sangat bahaya,kerana ianya berada jauh di dalam hutan...
di dalam emailnya beliau memaklumkan jalan menuju ke tempat takungan itu adalah seperti di dalam gambar ini..
Jadi apabila ada gotong royong, beliau mengambil kesempatan itu untuk merakamkan gambar..
Gotong royong berkenaan dijalankan oleh belia 4B disertai juga UMNO cawangan Kampung tersebut..
Yer, walaupun mereka tahu mereka terpaksa minum air bukit selama berpuluh tahun,mereka tetap juga sanggup sokong UMNO dan BN... pelik kan apabila ada juga golongan yang seperti ini..?
Gambar di bawah ini adalah aktiviti gotong royong membersihkan takungan air bukit yang diadakan baru-baru ini...
Dan berikut pula adalah gambar-gambar yang sempat beliau rakam..
Gambar dibawah menunjukkan keadaan dua takungan air yang menjadi sumber air minuman penduduk kampung Poh yang kebanyakannya ahli UMNO itu..
Manakala gambar di bawah ini pula menunjukkan bagaimana 3 paip diletakkan ke dalam sungai bagi membolehkan air di salurkan ke dalam takungan..
Ketiga-tiga paip ini menyalurkan air terus ke dalam takungan..
Dan beginilah keadaannya di dalam takungan tersebut..
bayangkan beginilah keadaan air yang di minum oleh penduduk kampung Poh selama ini..
Dari takungan pertama,air kemudiannya disalurkan ke takungan kedua
Keadaan takungan kedua yang terdedah kepada kotoran dan najis haiwan..
Takungan hanyalah sekadar takungan tanpa ada apa-apa alatan bagi mencegah pencemaran air..
Dan kemudiannya,ianya akan disalurkan kepada penduduk Kampung Poh yang kebanyakannya ahli UMNO itu..
Paip dari takungan kedua terus ke perut orang kampung..
Dimaklumkan juga bahawa paip ini sudah terlalu uzur sehinggakan akar-akar kayu telah pun memasuki ke dalam paip air yang ada kebocoran sehingga menyebabkan ketiadaan bekalan air selalu berlaku..
Jadi kini fahamlah kita bagaimana air di rumah penduduk kampung Poh ini selalu keruh..
jika hari hujan dan air sungai menjadi keruh maka beginilah keadaan air yang akan diminum oleh penduduk Kampung Poh..
Penduduk kampung Poh perlu bangkit dan ubah..
tunjukkan pada kerajaan BN bahawa penduduk Kampung Poh tidak lagi mahu minum air bukit yang keruh dan berkeladak..
Ini kalilah!!
P/S: Kepada pengirim email yang menyampaikan segala maklumat ini..
aku ucapkan terima kasih...