Berita Baik untuk umnO dan Barisan Nasional! Pakatan Rakyat diramalkan akan berpecah sebelum PRU13? Apa dah jadi?
Dimanakah persefahaman antara pimpinan & ahli-ahli Pakatan Rakyat? Sudah pasti ada yang tidak puas hati jika calon atau parti itu mengumumkan lebih awal tempat bertanding! Tetapi ianya sudah pasti akan dapat diselesaikan lebih awal!
Dimanakah persefahaman antara pimpinan & ahli-ahli Pakatan Rakyat? Sudah pasti ada yang tidak puas hati jika calon atau parti itu mengumumkan lebih awal tempat bertanding! Tetapi ianya sudah pasti akan dapat diselesaikan lebih awal!
Berbanding dengan Umno Barisan Nasional yang sehingga kini tak berani nak keluarkan senarai calon parlimen mahupun dun! Apakah ini strategi mereka untuk tidak mahu berpecah? Dan akan terima apa sahaja calon Be End yang akan dinamakan kelak?
Kenapa ahli-ahli Pakatan Rakyat sibuk bergaduh mengenai calon dan parti mana yang akan bertanding sedangkan dulu sudah bersepakat akan menewaskan umNO Be End pada PRU13 kelak! Bagaimanakah kita hendak menang dan tawan Putrajaya jika asik bergaduh berebut kawasan?
Fokuslah pada kemenangan rakyat bukannya kemenangan parti atau calon!! Jangan pula sabotaj calon/parti Pakatan Rakyat kelak akibat perasaan hasad dengki dan tamak kerana ianya adalah perangai pihak lawan yang sedang menunggu masa untuk bertindak dan memerangkap musuhnya!
Ingatlah kita berkerja adalah demi rakyat! demi agama! demi negara yang kita cintai. Tidak seperti umNO Be End yang berjuang semata-mata kerana nafsu, kekuasaan, kekuatan dan tamak duit!
Tiada gunanya kita berpecah jika ianya sudah pasti akan menguntungkan lawan dan terus menyebabkan kekalahan kepada Pakatan Rakyat kelak! Yang penting kita menang dulu. Yang tidak dicalonkan atau tidak dipilih mungkin ada hikmahnya! Rezeki di tangan Allah SWT! Kalau tidak dipilih hari ini mungkin akan ada rezeki untuk kita pada hari esok!
Biarlah kita menang dulu PRU13, Barulah kita kemukakan rayuan kepada pimpinan tertinggi! Apa gunanya kita kalah pada PRU13 walaupun yang bertanding adalah calon yang kita pilih?
Terimalah dengan hati yang terbuka! Bukankah kita sebagai umat Islam wajib Percaya pada Qada dan Qadar Allah SWT? Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya! Ingatlah perancangan Allah SWT adalah perancangan yang sempurna! Insya Allah!!!