Di depan lebih 10,000 rakyat Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan senarai calon KEADILAN bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Selangor .
Berucap di padang awam AU2 Keramat, Gombak di sini, Ketua Umum KEADILAN itu bagaimanapun berkata, kerusi DUN Kota Damansara tidak diumum berikutan rundingan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih berlangsung dan dijangka diumum esok.
Calon Parlimen yang mempertahan jawatan ialah
Mohamed Azmin Ali (Gombak),
Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat),
R Sivarasa (Subang),
Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan),
Zuraida Kamaruddin (Ampang)
William Leong (Selayang).
Mohamed Azmin Ali (Gombak),
Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat),
R Sivarasa (Subang),
Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan),
Zuraida Kamaruddin (Ampang)
William Leong (Selayang).
Muka baru pula ialah
Dr Aziz Bari (Sabak Bernam),
Manivanam Govindasamy (Kapar),
Wong Chen (Kelana Jaya),
Rafizi Ramli (Pandan)
Khalid Jaafar (Hulu Selangor).
Dr Aziz Bari (Sabak Bernam),
Manivanam Govindasamy (Kapar),
Wong Chen (Kelana Jaya),
Rafizi Ramli (Pandan)
Khalid Jaafar (Hulu Selangor).
Calon DUN Selangor yang mempertahan kerusi ialah
Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa),
Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia),
Suhaimi Shafiei (Seri Muda),
Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas),
Rodziah Ismail (Batu Tiga),
Dr Yaakop Sapari (Kota Anggerik),
Elizabeth Wong (Bukit Lanjan),
Haniza Talha (Taman Medan),
Amir Shaari (Batu Caves),
Gan Pei Nei (Rawang)
Yahya Sahari (Permatang).
Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa),
Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia),
Suhaimi Shafiei (Seri Muda),
Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas),
Rodziah Ismail (Batu Tiga),
Dr Yaakop Sapari (Kota Anggerik),
Elizabeth Wong (Bukit Lanjan),
Haniza Talha (Taman Medan),
Amir Shaari (Batu Caves),
Gan Pei Nei (Rawang)
Yahya Sahari (Permatang).
Muka baru ialah
Borhan Aman Shah (Dengkil),
Lee Chin Cheh (Kajang),
Dr Daroyah Alwi (Sementa),
Hamidi A Hassan (Semenyih),
Tengku Marziah Tengku Sulaiman (Kuang),
Ramachandran (Batang Kali)
Dr Idris Ahmad (Ijok).
Borhan Aman Shah (Dengkil),
Lee Chin Cheh (Kajang),
Dr Daroyah Alwi (Sementa),
Hamidi A Hassan (Semenyih),
Tengku Marziah Tengku Sulaiman (Kuang),
Ramachandran (Batang Kali)
Dr Idris Ahmad (Ijok).
Berpindah:
Tan Sri Khalid Ibrahim (Pelabuhan Klang)
Tan Sri Khalid Ibrahim (Pelabuhan Klang)
Manickavasagam (Bukit Malawati.)
Anwar turut berterima kasih kepada Loh Gwo Burne, bekas Ahli Parlimen Kelana Jaya dan Lee Kim Sin, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang atas perkhidmatan mereka selama lima tahun.
~KD~
Ribuan rakyat pelbagai lapisan kaum berhimpun di padang awam AU2 Keramat, Gombak untuk bersama-sama mendengar pengisytiharan -calon Dewan Undangan Negeri dan Parlimen KEADILAN Selangor.
Suasana seperti pesta demokrasi dengan kehadiran pelbagai bangsa dan kaum dari segenap lapisan umur dipercayai dari seluruh Lembah Klang.
Ada yang membawa keluarga termasuk anak kecil dan warga emas, masing-masing berminat untuk mengetahui bakal calon KEADILAN di satu-satunya negeri yang ditadbir KEADILAN.
Puluhan warung makanan dan gerai busana mengelilingi kawasan padang menjadikan tapak ceramah seperti ekspo perniagaan.
Penganjur program turut menyediakan tiga khemah besar dengan setiap satu mampu memuatkan 500 hadirin pada satu-satu masa.
Dua layar besar dengan sistem penata bunyi dilengkapkan dengan pentas berbentuk ‘T-shape’ seperti pentas catwalk untuk memperkenal calon KEADIAN Selangor.
Terdahulu, hadirin dihiburkan dengan klip video dari lagu pro-Reformasi, antaranya Panji Keadilan, Janji Dicapati, Reformasi dan lain-lain.
Penganjur, KEADILAN Selangor menjangka lebih 10,000 hadir pada pengumuman yang bakal dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
~KD~