Bukit Mertajam: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Pengumuman itu dibuat Anwar ketika berucap di Majlis Ceramah Umum Pakatan Pembangkang di Padang Awam Taman Pauh di sini sebentar tadi.
Anwar berkata, keputusan itu dibuat selepas mepertimbangkan jasa dan sumbangan rakyat Permatang Pauh terhadapnya sejak sekian lama.
"Walaupun saya berhasrat untuk bertanding di Tambun, Perak atas pertimbangan rasional untuk meningkatkan sokongan pembangkang di negeri itu, namun saya sukar meninggalkan penduduk di Permatang Pauh.
"Jadi hari ini saya nak jelaskan supaya tidak lagi timbul spekulasi, Insya-Allah saya akan mempertahankan kerusi ini pada pilihan raya kali ini," katanya.