Tukang emas yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) Jacob & Co akhirnya tampil menyokong penjelasan isteri perdana menteri Rosmah Mansor bahawa cincin kontroversi RM24 juta yang dibawa masuk ke negara ini bukan bawah namanya atau dibeli olehnya.
"Ia dibawa untuk pameran dan penelitian sahaja, bukan untuk dijual - untuk perhatian Maira Nazarbayev, (yang berada) bawah jagaan Madam Rosmah Mansor
"Oleh kerana Maira Nazarbayev menjadi tamu di kediaman perdana menteri, barangan itu dihantar dengan keadaan begitu.
"Alasan kenapa dalam House Airway Bill, disebut nama Madam Rosmah Mansor, kerana untuk menghantar barangan berharga ke Malaysia - Kuala Lumpur - ia perlu dihantar bawah jagaan rakyat tempatan Malaysia dan bukannya warga asing," katanya.
Beliau menjelaskan, House Airway Bill merupakan dokumen biasa untuk menghantar barangan berharga AS ke dalam atau luar negara.
Punyalah lama tuduhan ini dilemparkan kepada Rosmah Mansur. Kenapa nak dekat PRU13 baru nak nafikan? Apakah ini strategi terakhir Be End untuk menaikkan semula nama Najib Razak yang akan mempertahankan kerusinya di Parlimen Pekan? Tidakkah ianya akan membuktikan cincin RM 24 juta itu sebenarnya wujud walaupun ianya dikatakan bukan untuk Rosmah Mansur?
Walaupun dinafikan untuk Rosmah Mansur pada 2011 dengan menuduh ianya adalah fitnah semata-mata! Terbukti pada hari ini kata-kata penafian tersebut juga adalah palsu.
Penafian Rosmah Mansur pada 29 Julai 2011
Rosmah: Dakwaan beli cincin RM24 juta fitnah
Setelah dua minggu khabar angin bertiup kencang tentang pembelian cincin bernilai RM24 juta, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya bersuara dan menyifatkannya sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya.“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).
“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah.... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).
“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya Pokok Sena, Kedah, semalam dan dipetik Berita Harian Online hari ini.
Walaupun pengarah syarikat tersebut hari ini menafikan tetapi siapakah yang akan percaya bahawa ianya adalah milik Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang bertunang dengan anak Rosmah, Nooryana Najwan.
Atau adakah ini syarat yang dikenakan oleh Rosmah Mansur@Najib Razak kepada Pengarah Barang Kemas Jacob & Co Philip, Nassimi supaya menafikan cincin tersebut adalah milik Rosmah Mansur sebelum Rosmah Mansur membeli lagi cincin lain yang mungkin berharga lebih RM 24 juta? Siapa tahu?
Tanya sama Najib Apa Sebab Goyang!
Nanti jawab Najib, Kak Mah nak Cincin Berlian!!