PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Sunday, 18 December 2011

Penjawat Awam Bantah SBPA


PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM ANJURAN CUEPACS

TAJUK : BANTAHAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

TARIKH: 18 .12. 2011 (AHAD)
MASA: 3.00 PETANG

TEMPAT : DEWAN CIDB, JALAN CHAN SOW LIN, CHERAS,
KUALA LUMPUR


SEMUA PENJAWAT AWAM DIJEMPUT HADIR

Saturday, 17 December 2011

Bongkar !! DR MAHATHIR PERNAH MINTA BANTUAN BANK DUNIA (1999)






Hentam sana sini kat Anwar, cakap Anwar lah pembelot negara, jual negara...nampaknya dah semakin terbongkar siapa pembelot negara...

Sekali mereka fitnah saya, sepuluh kali penyelewengan mereka didedahkan - DS Anwar Ibrahim

Putrajaya akan jadi Pusat Ternakan Lembu?


Sejak kebelakangan ini rakyat Malaysia telah didedahkan dengan pelbagai penyelewengan dan skandal yang pelik lagi tak masuk akal yang dilakukan oleh pemimpin tertinggi umno yang juga pemimpin tertinggi negara Malaysia. Sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat Malaysia, mereka hendaklah bertanggungjawab atas semua kesilapan dan kesalahan yang dilakukan samada dilakukan secara langsung dan tidak langsung. Inilah sikap seorang pemimpin yang dikehendaki dan dicari oleh rakyat Malaysia secara amnya.  Jika pemimpin-pemimpin ini didedahkan skandal atau kesalahannya, maka secara wajibnya merekalah yang patut menafikan dengan mengadakan sidang-sidang akhbar dan mengeluarkan bukti-bukti bahawa mereka tidak terlibat atau bersalah! TETAPI INI TIDAK BERLAKU! Makin didedahkan makin banyak skandal yang dapat dibongkarkan! 



Kini, yang terbaru akan didedahkan pada umum esok, bertempat di depan Masjid Putrajaya! Jingga13 yang diketuai oleh Pengerusinya iaitu En. Fariz Musa akan membawa semua rakyat Malaysia yang hadir disana bagi menyaksikan bagaimana dua lot tanah di Putrajaya dibeli oleh syarikat milik suami Sharizat Jalil (National Fedlot Corporation) Putrajaya dengan harga RM3,363,507 juta. Akan turut bersama esok ialah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat YB Zuraidah dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan juga komrad-komrad NGO Jingga 13. Semua rakyat Malaysia juga dijemput hadir.


Apakah tujuan NFC membeli 2 lot tanah di Putrajaya dengan menggunakan duit  yang datangnya dari pinjaman wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk memajukan Projek Fidlot Negara masih tidak diketahui? Tetapi rakyat Malaysia amnya sudah pasti akan meneka bahawa adakah NFC ingin membuka ladang lembu baru di Putrajaya? Adakah ladang yang sedia ada di Negeri Sembilan tidak muat untuk menampung permintaan bagi seluruh negara sehingga mereka terpaksa membeli tanah di Putrajaya pula dengan harga RM3,363,507 juta?  


Walaubagaimana pun semua teka-teki ini akan terjawab esok apabila semua yang hadir di Masjid Putrajaya pada jam 2 petang 18 Disember 2011 akan dibawa bagi menyaksikan sendiri tanah yang dikatakan telah dibeli oleh keluarga penternak lembu negara ini dengan menggunakan wang rakyat Malaysia.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, Marilah beramai-ramai kita ke Masjid Putrajaya bagi menyaksikan satu lagi detik bersejarah negara Malaysia yang tercinta ini.

Tarikh : 18 December 2011
Waktu : 2 petang
Lokasi berkumpul : di hadapan Masjid Putrajaya.



Kerana marah, lelaki potong jari isteri yang ingin dapatkan ijazah


gambar hiasan
DHAKA: Polis akan mendakwa seorang lelaki yang dituduh memotong jari isterinya selepas wanita itu mula belajar untuk mendapatkan ijazah di sebuah maktab tanpa kebenarannya. Rafiqul Islam dilapor mengikat isterinya yang berusia 21 tahun dan menutup mulutnya dengan pita sebelum memotong lima jari tangan kanannya, beberapa jam selepas kembali dari Amiriah Arab Bersatu (UAE).


'Dia berang kerana tidak suka isterinya belajar di maktab. Dia cemburu kerana dia hanya lulus sekolah menengah sementara isterinya melanjutkan pelajaran di maktab,' kata Ketua Polis, Encik Mohammad Salauddin.Rafiqul, 30 tahun, mengaku melakukan jenayah itu selepas ditangkap di Dhaka, kata Encik Mohammad.



Beliau juga berkata, polis sudah menamatkan siasatan dan akan mendakwa Rafiqul.Lelaki berkenaan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan. Isterinya, Cik Hawa Akhter, yang sudah menjalani rawatan, kini berada di rumah ibu bapanya dan masih berminat meneruskan pengajian meskipun selepas kejadian itu menimpanya.'Tangan kanan saya sudah dipotong tetapi saya masih lagi boleh menggunakan tangan kiri,' katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris, The Daily Star.Serangan itu adalah keganasan rumah tangga terbaru di Bangladesh yang menyasarkan wanita berpelajaran tinggi. 


Jun lalu, seorang suami yang menganggur mencungkil mata isterinya iaitu penolong profesor di Universiti Dhaka kerana berang dengan keputusannya hendak melanjutkan pengajian di sebuah Universiti Canada. Kumpulan hak asasi manusia berkata, kes berprofil tinggi terhadap wanita telah meningkat sejak beberapa tahun lalu. Selepas berkurangan selama lapan tahun berturut-turut, jumlah serangan asid meningkat pada 2010.

Ia bagaimanapun masih tidak mengatasi rekod tertinggi yang dicatatkan 10 tahun lalu, menurut sebuh yayasan kebajikan persendirian, Yayasan Mangsa Serangan Asid. -- AFP

Friday, 16 December 2011

Tahniah Arif ! Perkahwinan ''gay'' pertama Lelaki Melayu Islam

Tahniah kerana menghancurkan harapan ibu bapa dan pihak yang memasang harapan tinggi terhadap anda di dunia neh. Lihat bawah neh ;

belajar tinggi, tapi bodoh bertingkat-tingkat...dunia menghampiri kehancuran

sebab tu Allah turunkan hukum HUDUD...SUPAYA ORANG ISLAM LAKSANAKAN...SEBAB ALLAH MAHA MENGETAHUI..DI BAWAK TURUN HUKUM SEBAB DIA TAU MASALAH2 MCM NI, KLU KITA LAKSANAKAN HUDUD, DPT DIELAKKAN...PEMIMPIN NO 1 MALAYSIA KENA SEDAQ PASAI NI...






Cukuplah tiga gambar neh. Walaupun aku tiada kaitan dengan arif neh tapi aku tetap merasa sedih dengan apa yang dilakukan oleh arif. Itu baru aku, sebagai orang luar. Belum lagi ibu bapa arif, individu yang paling sayangkan arif di muka bumi neh. Hanya Allah swt je tahu perasaan kedua ibu bapa dia di atas perlakuan "pelik dan songsang" si arif neh.

Menjelang 2020 - Malaysia Jadi Negara Miskin?

Apa sudah jadi dengan Malaysia? Dimanakah kekayaan negara menjelang Wawasan 2020 yang pernah diwar-warkan oleh bekas PM Malaysia, Tun Dr. Mahathir untuk menjadi Negara Maju pada satu ketika dulu? Adakah Malaysia akan mencapai wawasan tersebut dalam pada masa yang sama menanggung bebanan hutang yang tak akan mampu dibayar oleh negara? Inilah hakikat yang perlu diterima semua rakyat Malaysia.

Malaysia kini terpaksa menerima hakikat negara akan bertambah miskin menjelang 2020 dan
ianya akan melebarkan jurang pendapatan masyarat berdasarkan ujuran ETP. Setakat ini, hutang negara Malaysia pada 2011 telah mencecah RM437.2 Bilion @ 52.7% menghampiri had RM 500 billion untuk menjadi antara negara yang mempunyai hutang tertinggi didunia. Ini adalah disebabkan oleh idea Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran bahawa Malaysia akan bertambah miskin pada 2020, dengan tambahan 1.7 juta rakyat berpendapatan bawah RM1,500, bawah Program Tranformasi Ekonomi (ETP).
Dakwanya, idea yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga akan melebarkan jurang pendapatan masyarakat berdasarkan unjuran ETP.

Penasihat ekonomi Selangor itu berkata demikian dalam ucap utamanya dalam majlis makan malam anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi.

Anwar (atas) yang juga bekas menteri kewangan mempersoalkan andaian penting ETP bahawa rakyat Malaysia akan mendapat pendapatan negara kasar (GNI) per kapita sebanyak RM RM48,000 pada tahun 2020, iaitu:

  • Pertambahan 3.6 peratus pendapatan tahunan dijangka dari 2010 hingga 2020 terlalu optimis kerana peningkatan purata cuma 2.6 peratus setahun dalam tempoh sepuluh tahun, berdasarkan Kementerian Sumber Manusia.
  • Peningkatan pendapatan sebenar daripada 1984 sehingga 1997 dalam bidang pengilangan dan peladangan hanya masing-masin 2.3 dan 2.8 peratus, menurut Bank Pembangunan Asia.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...