PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday, 17 December 2011

Putrajaya akan jadi Pusat Ternakan Lembu?


Sejak kebelakangan ini rakyat Malaysia telah didedahkan dengan pelbagai penyelewengan dan skandal yang pelik lagi tak masuk akal yang dilakukan oleh pemimpin tertinggi umno yang juga pemimpin tertinggi negara Malaysia. Sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat Malaysia, mereka hendaklah bertanggungjawab atas semua kesilapan dan kesalahan yang dilakukan samada dilakukan secara langsung dan tidak langsung. Inilah sikap seorang pemimpin yang dikehendaki dan dicari oleh rakyat Malaysia secara amnya.  Jika pemimpin-pemimpin ini didedahkan skandal atau kesalahannya, maka secara wajibnya merekalah yang patut menafikan dengan mengadakan sidang-sidang akhbar dan mengeluarkan bukti-bukti bahawa mereka tidak terlibat atau bersalah! TETAPI INI TIDAK BERLAKU! Makin didedahkan makin banyak skandal yang dapat dibongkarkan! 



Kini, yang terbaru akan didedahkan pada umum esok, bertempat di depan Masjid Putrajaya! Jingga13 yang diketuai oleh Pengerusinya iaitu En. Fariz Musa akan membawa semua rakyat Malaysia yang hadir disana bagi menyaksikan bagaimana dua lot tanah di Putrajaya dibeli oleh syarikat milik suami Sharizat Jalil (National Fedlot Corporation) Putrajaya dengan harga RM3,363,507 juta. Akan turut bersama esok ialah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat YB Zuraidah dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan juga komrad-komrad NGO Jingga 13. Semua rakyat Malaysia juga dijemput hadir.


Apakah tujuan NFC membeli 2 lot tanah di Putrajaya dengan menggunakan duit  yang datangnya dari pinjaman wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk memajukan Projek Fidlot Negara masih tidak diketahui? Tetapi rakyat Malaysia amnya sudah pasti akan meneka bahawa adakah NFC ingin membuka ladang lembu baru di Putrajaya? Adakah ladang yang sedia ada di Negeri Sembilan tidak muat untuk menampung permintaan bagi seluruh negara sehingga mereka terpaksa membeli tanah di Putrajaya pula dengan harga RM3,363,507 juta?  


Walaubagaimana pun semua teka-teki ini akan terjawab esok apabila semua yang hadir di Masjid Putrajaya pada jam 2 petang 18 Disember 2011 akan dibawa bagi menyaksikan sendiri tanah yang dikatakan telah dibeli oleh keluarga penternak lembu negara ini dengan menggunakan wang rakyat Malaysia.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, Marilah beramai-ramai kita ke Masjid Putrajaya bagi menyaksikan satu lagi detik bersejarah negara Malaysia yang tercinta ini.

Tarikh : 18 December 2011
Waktu : 2 petang
Lokasi berkumpul : di hadapan Masjid Putrajaya.



Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...