Satu sidang media Mobilisasi Rakyat Anti Rasuah dan Pecah Amanah( MARAH ) akan diadakan oleh
Jingga 13
Tarikh : 15 Dis 2011 (Khamis)
Masa : 1.00 Petang
Tempat : Ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat(PKR),
Masa : 1.00 Petang
Tempat : Ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat(PKR),
Tropicana Damansara.
MARAH adalah satu manifestasi daripada rasa ‘marah’ yang membuak-buak rakyat terhadap gejala penyelewengan, rasuah dan pecah amanah yang dilakukan oleh sekelompok manusia yang sanggup mempergunakan wang rakyat bagi memenuhi nafsu serakah tanpa rasa bertanggungjawab dan bersalah.
MARAH adalah satu gerakan rakyat yang ‘marah dan benci’ terhadap segala amalan penyelewengan, rasuah dan aktiviti pecah amanah yang semakin membarah di semua peringkat.
MARAH adalah satu gerakan rakyat menolak dan membenci terhadap kerakusan dan kejelekkan pimpinan politik penguasa dan pegawai-pegawai kerajaan yang mempergunakan kedudukan, status dan jawatan dalam merealisasikan kepentingan peribadi dan ahli keluarga serta diselindungi dari sebarang tindakan undang-undang.
MARAH adalah satu usaha dalam mengangkat maruah institusi penguatkuasaan dan undang-undang agar telus, profesional dan berintegriti dalam melaksanakan amanah tanpa mengira sesiapa agar sistem keadilan berada di atas landasan sebenarnya serta diyakini oleh rakyat .
MARAH adalah gerakan rakyat menolak amalan nepotisme dan kronisme serta mengangkat amanah rakyat dengan penuh rasa ketanggungjawaban serta mampu membendung segala ketirisan dan kebocoran .
MARAH adalah ‘mata dan telinga’ rakyat yang akan terus memantau, memerhati dan mendengar dengan menggunakan akal fikir dalam usaha menentang segala bentuk penyelewengan, rasuah dan pecah amanah terutama melibatkan wang rakyat .
MARAH adalah tuntutan rakyat yang mencintai agama , bangsa dan negara agar direformasikan secara total serta mampu menjana tatakelola pengurusan yang lebih telus, adil dan profesional .
Warta Jingga : Kemarahan rakyat akan reda jika pemimpin korup dan penipu rakyat ini ditangkap, diadili dan di hukumi. Ingatlah tiada suatu pun yang akan kekal di dunia dan tiada satu pun yang akan terlepas di akhirat kelak