Apa sudah jadi dengan Malaysia? Dimanakah kekayaan negara menjelang Wawasan 2020 yang pernah diwar-warkan oleh bekas PM Malaysia, Tun Dr. Mahathir untuk menjadi Negara Maju pada satu ketika dulu? Adakah Malaysia akan mencapai wawasan tersebut dalam pada masa yang sama menanggung bebanan hutang yang tak akan mampu dibayar oleh negara? Inilah hakikat yang perlu diterima semua rakyat Malaysia.
Malaysia kini terpaksa menerima hakikat negara akan bertambah miskin menjelang 2020 dan ianya akan melebarkan jurang pendapatan masyarat berdasarkan ujuran ETP. Setakat ini, hutang negara Malaysia pada 2011 telah mencecah RM437.2 Bilion @ 52.7% menghampiri had RM 500 billion untuk menjadi antara negara yang mempunyai hutang tertinggi didunia. Ini adalah disebabkan oleh idea Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran bahawa Malaysia akan bertambah miskin pada 2020, dengan tambahan 1.7 juta rakyat berpendapatan bawah RM1,500, bawah Program Tranformasi Ekonomi (ETP).
Dakwanya, idea yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga akan melebarkan jurang pendapatan masyarakat berdasarkan unjuran ETP.
Penasihat ekonomi Selangor itu berkata demikian dalam ucap utamanya dalam majlis makan malam anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi.
Anwar (atas) yang juga bekas menteri kewangan mempersoalkan andaian penting ETP bahawa rakyat Malaysia akan mendapat pendapatan negara kasar (GNI) per kapita sebanyak RM RM48,000 pada tahun 2020, iaitu:

- Pertambahan 3.6 peratus pendapatan tahunan dijangka dari 2010 hingga 2020 terlalu optimis kerana peningkatan purata cuma 2.6 peratus setahun dalam tempoh sepuluh tahun, berdasarkan Kementerian Sumber Manusia.
- Peningkatan pendapatan sebenar daripada 1984 sehingga 1997 dalam bidang pengilangan dan peladangan hanya masing-masin 2.3 dan 2.8 peratus, menurut Bank Pembangunan Asia.