PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday, 17 December 2011

Kerana marah, lelaki potong jari isteri yang ingin dapatkan ijazah


gambar hiasan
DHAKA: Polis akan mendakwa seorang lelaki yang dituduh memotong jari isterinya selepas wanita itu mula belajar untuk mendapatkan ijazah di sebuah maktab tanpa kebenarannya. Rafiqul Islam dilapor mengikat isterinya yang berusia 21 tahun dan menutup mulutnya dengan pita sebelum memotong lima jari tangan kanannya, beberapa jam selepas kembali dari Amiriah Arab Bersatu (UAE).


'Dia berang kerana tidak suka isterinya belajar di maktab. Dia cemburu kerana dia hanya lulus sekolah menengah sementara isterinya melanjutkan pelajaran di maktab,' kata Ketua Polis, Encik Mohammad Salauddin.Rafiqul, 30 tahun, mengaku melakukan jenayah itu selepas ditangkap di Dhaka, kata Encik Mohammad.



Beliau juga berkata, polis sudah menamatkan siasatan dan akan mendakwa Rafiqul.Lelaki berkenaan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan. Isterinya, Cik Hawa Akhter, yang sudah menjalani rawatan, kini berada di rumah ibu bapanya dan masih berminat meneruskan pengajian meskipun selepas kejadian itu menimpanya.'Tangan kanan saya sudah dipotong tetapi saya masih lagi boleh menggunakan tangan kiri,' katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris, The Daily Star.Serangan itu adalah keganasan rumah tangga terbaru di Bangladesh yang menyasarkan wanita berpelajaran tinggi. 


Jun lalu, seorang suami yang menganggur mencungkil mata isterinya iaitu penolong profesor di Universiti Dhaka kerana berang dengan keputusannya hendak melanjutkan pengajian di sebuah Universiti Canada. Kumpulan hak asasi manusia berkata, kes berprofil tinggi terhadap wanita telah meningkat sejak beberapa tahun lalu. Selepas berkurangan selama lapan tahun berturut-turut, jumlah serangan asid meningkat pada 2010.

Ia bagaimanapun masih tidak mengatasi rekod tertinggi yang dicatatkan 10 tahun lalu, menurut sebuh yayasan kebajikan persendirian, Yayasan Mangsa Serangan Asid. -- AFP

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...