Apa dah jadi dengan Bandaraya Kuala Lumpur? Masinnya tahi telinga apabila teringat kata-kata seorang menteri dengan takburnya mengatakan apabila terowong SMART disiapkan ianya akan menyelesaikan masalah banjir kilat yang melanda Bandaraya Kuala Lumpur! Kini apa dah jadi? Hujan lebat yang bermula jam 4 petang, berlanjutan tidak sampai 2 jam kemudian telah menyebabkan banjir besar di Jalan Tun Razak! Sebelum ini kita juga dikejutkan dengan berita Bandar Kajang menghadapi banjir kilat dan menyebabkan separuh bandar tersebut dinaiki air dan menyebabkan paluan gendang kompang media-media pro kerajaan bergema menyalahkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai seorang yang bersalah kerana tidak memperbesarkan sungai disamping aktiviti perlombongan pasir secara berleluasa yang kononnya dibenarkan oleh Menteri Besar Selangor itu sendiri.
Hari ini dengan izin tuhan, Kuala Lumpur pula mengalami banjir besar dan menyebabkan kesesakan yang paling teruk dalam sejarah dan telah melumpuhkan aktiviti di sekitar Perpustakaan Negara! Hujan yang turun sejak pukul 4 petang tidak disangka oleh sesiapa pun akan menyebabkan banjir kerana kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Kita tunggu dan tengok siapa pula yang akan umno salahkan? Adakah ini balasan yang diturunkan olehNYA untuk menyedarkan umno yang bongkak dan sombong serta kaki fitnah supaya sedar diri dan bertaubat serta tidak menyalahkan orang lain? Wallahualam...
sumber: malaysiakini
Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran.
Sebelum ini, kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971.
Sementara itu, Bernama melaporkan kira-kira 30 kanak-kanak terkandas di sebuah tadika di Jalan Semarak berhampiran pusat latihan TM akibat banjir kilat.
Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, dua bot dikerahkan bagi membawa keluar kanak-kanak berkenaan secara berperingkat.
"Sekarang ini kami dalam proses menyelamatkan mereka ke tempat yang lebih selamat sedikit demi sedikit," katanya dipetik agensi berita nasional itu.