PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Wednesday, 14 December 2011

SPRM : Tolong Siasat & Dakwa Menteri-Menteri Lembu NFC!!

Jingga13 membuat laporan di SPRM Shah Alam
Semakin lama semakin ramai akan diheret ke dalam skandal Lembu NFC!! Terbaru!!  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Seri Noh Omar kini diheret dalam skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC). Ini berikutan laporan badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ketiga- tiga menteri tersebut yang bertanggungjawab semasa memegang portfolio Menteri Pertanian. 
Muhyiddin telah memegang portfolio sebagai  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada tahun 2004 sehingga 2008, manakala Mustapa pula sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) hanya setahun iaitu pada 2008 sehingga 2009. yang dikatakan telah menyalahguna kuasa mereka sebagai menteri  untuk menyalurkan wang kedalam satu akaun khas sekitar tahun 2008 hingga 2009 sebelum perjanjian ditandatangani dengan NFC pada tahun 2010. Ini berdasarkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid bulan lalu selepas pihaknya memanggil pegawai NFC untuk mendengar penjelasan.
Laporan itu dikemukakan Ketua Koordinator Janji Jingga Afzainizam Abdul Rahman di pejabat SPRM di sini. 
“Kami mempersoalkan bagaimana wang tersebut boleh dikeluarkan sejak tahun 2008 hingga 2009 serta siapa yang terlibat dalam melulus dan membenarkan wang tersebut disalurkan sebelum perjanjian dimeterai, Kami mendesak agar satu siasatan dan tindakan SPRM wajar diambil terhadap menteri berkenaan sekiranya mereka. Heret segera penjenayah dan pengkhianat wang rakyat ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal,” 


Diharap dengan laporan tersebut, diharap SPRM terus menyiasat dan membongkar satu kegiatan penyelewengan menggunakan dana wang rakyat oleh menteri serta pemimpin UMNO yang secara terang-terangan meluluskan peruntukan tersebut tanpa menandatangani perjanjian terlebih dahulu. Adakah menteri-menteri ini ingat wang tersebut adalah wang mereka sendiri sehingga mereka membenarkan NFC menggunakannya tanpa perlu memertai perjanjian terlebih dahulu? Sedangkan rakyat biasa yang ingin memohon wang atau bantuan dari kerajaan pun perlu menandatangani pelbagai borang atau perjanjian terlebih dahulu walaupun pinjaman itu sekadar dari bantuan yang kecil!!!    

Diharap juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengambil tindakan setegas-tegasnya dan tidak tunduk pada mana-mana pihak serta menangkap mereka yang telah melakukan kesalahan tanpa mengambil kira pangkat dan kedudukan mereka sebagai Menteri Kerajaan Malaysia. Ingatlah Rakyat Malaysia sedang memerhatikan tindak tanduk kamu. 


Adakah kamu (SPRM) tidak berasa bersalah kerana takut menangkap dan menyiasat menteri-menteri ini? Sedangkan bukti dan saksi sudah disampaikan didepan kamu(SPRM)? Apakah SPRM sanggup menjawab dihadapan Yang Maha Berkuasa apabila dihadapkan di Akhirat kelak sedangkan kamu(SPRM) tidak terlibat dalam kes Penyelewengan Wang Rakyat Malaysia ini? FIKIR-FIKIRLAH     


SHAH ALAM 14 Dis: NGO Jingga 13 membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap salahguna kuasa yang dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dalam isu penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).
Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa dan aktivis NGO itu membuat laporan berkenaan di Pejabat SPRM Selangor, di Shah Alam tengahari tadi.
Laporan ke atas Muhyiddin dibuat kerana beliau menteri yang bertanggungjawab meluluskan projek itu ketika memegang jawatan menteri pertanian antara 2004 hingga 2008.
Turut dinamakan Datuk Mustafa Mohamed yang juga bekas menteri yang memegang porfolio berkenaan dari 2008 hingga 2009.
Menurut Fariz, laporan tersebut berdasarkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid yang memberitahuwang dikeluarkan kepada satu akaun khas NFC sejak 2008 hingga 2009.
Beliau berkata, ia merupakan tindakan salah guna kuasa yang amat nyata apabila wang disalurkan kepada akuan khas tersebut sebelum perjanjian dibuat sepertimana yang ditetapkan prosedur dan peraturan kewangan.
Sedangkan katanya, ia memerlukan kelulusan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi disalurkan kepada akaun pengurusan syarikat tersebut.
“JINGGA 13 mempersoalkan bagaimana wang tersebut boleh dikeluarkan sejak 2008 hingga 2009, serta siapakah yang terlibat dalam melulus dan membenarkan penyaluran wang tersebut sebelum perjanjian dimeterai antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan NFC yang melibatkan sejumlah besar wang rakyat tanpa mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan,” ujar Fariz.
Katanya, Jingga 13 mengesyaki campurtangan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam penyaluran dana berkenaan kepada NFC yang dimiliki suaminya.
“Kenapa sangat istimewa? Adakah kerana NFC diterajui oleh Datuk Seri Dr Mohamad Ismail dan ahli keluarga yang tidak mempunyai kemahiran dan latar belakang dalam industri penternakan lembu atau kerana beliau ialah suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil yang merupakan menteri kabinet dan Ketua Wanita UMNO?
“Adakah wujud campurtangan dan salah guna kuasa Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam layanan istimewa yang melibatkan sejumlah besar wang rakyat?,” soal beliau.
Sehubungan itu, Jingga 13 mendesak agar satu siasatan dan tindakan oleh pihak SPRM diambil terhadap semua individu terbabit.
“Heret segera penjenayah dan pengkhianat wang rakyat ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal berdasarkan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan,” tegasnya.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...