PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Thursday, 27 October 2011

Bangkok akan tenggelam selama sebulan


BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Cik Yingluck Shinawatra, semalam memberi amaran bahawa beberapa daerah di Bangkok mungkin ditenggelami banjir sehingga sebulan.
Ketika ditemui wartawan, Cik Yingluck berkata:

'Setelah meneliti keadaan, kami menjangkakan air banjir akan kekal di Bangkok antara dua minggu dengan sebulan sebelum ia mengalir ke laut.'Bagaimanapun, keadaan tidak seserius berbanding dengan apa yang dialami di wilayah lain.'Kita tidak akan mengalami paras air setinggi dua atau tiga meter selama dua atau tiga bulan seperti yang dialami di lain-lain wilayah.'


Kelmarin, dalam ucapan yang disiarkan melalui televisyen, Cik Yingluck berkata Bangkok boleh dilanda banjir sehingga 1.5 meter di beberapa tempat jika penghadang pecah dan menasihati para penduduk agar berpindah ke kawasan lebih tinggi.Banjir di utara, timur laut dan tengah Thailand mengorbankan sekurang-kurangnya 366 nyawa sejak pertengahan Julai lalu dan menjejaskan kehidupan lebih 2.5 juta penduduk.Sekitar 113,000 penduduk kini ditempatkan di pusat perlindungan dan 720,000 orang memerlukan rawatan.

Keadaan tersebut memaksa penutupan tujuh estet industri di wilayah Ayutthaya, Nonthaburi dan Pathum Thani di sempadan Bangkok, yang mengakibatkan kerosakan bernilai berbilion dolar, mengganggu rangkaian bekalan antarabangsa bagi tujuan perindustrian dan mengakibatkan 650,000 pekerja diberhentikan buat sementara waktu.Pihak berkuasa mengumumkan cuti mulai semalam sehingga Isnin ini bagi memberi peluang kepada orang ramai meninggalkan Bangkok sebelum berlakunya air pasang besar di muara sungai Chao Phraya.

Sehubungan dengan itu, kedai-kedai di ibu kota yang didiami 12 juta penduduk itu telah mula mencatu bekalan makanan semalam.Lapangan Terbang Don Muang di utara Bangkok, yang biasanya mengendalikan penerbangan domestik dan pesawat peribadi, telah ditutup kelmarin kerana dinaiki air.Menurut media Thai, air banjir telah sampai ke landasan lapangan terbang itu semalam.Lapangan terbang utama, Suvarnabhumi, bagaimanapun tidak terjejas sejauh ini kerana ia terletak di kawasan tinggi.

Pengarah Pusat Bencana dan Perubahan Iklim di Universiti Rangsit, Encik Seri Supharatid, berkata nasib Bangkok bergantung pada benteng-bentang yang dibina di sepanjang Sungai Chao Phraya.'Dalam senario paling buruk, jika semua benteng pecah, semua daerah Bangkok akan ditenggelami banjir,' katanya.Sejak Sabtu lalu, tiga daerah di Bangkok telah ditenggelami air setinggi 1.5 meter.Sementara itu, Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura semalam menasihatkan rakyatnya agar menangguhkan lawatan mereka ke Bangkok.

Kedutaan Singapura di Bangkok juga kini mempunyai pasukan khas yang dibentuk bagi menghulurkan bantuan konsular kepada rakyat Singapura di ibu kota itu. -- Agensi.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...