Dari Rakyat! Kepada Rakyat! Untuk Rakyat! | email us : rakyatmalaysia57@gmail.com
Monday, 24 October 2011
Isytihar Pembebasan Libya
BENGHAZI: Para pemimpin baru Libya mengisytiharkan semalam pembebasan negara itu menyusuli kematian bekas pemimpinnya, Muammar Gaddafi, yang dijangka membuka laluan ke arah pembentukan sebuah pemerintah sementara dan diikuti dengan pilihan raya bebas pertama selepas 42 tahun.
Bagaimanapun, perisytiharan yang telah sekian lama ditungu-tunggu itu dibayangi oleh kontroversi, khususnya di kalangan masyarakat antarabangsa, berhubung suasana kematian Gaddafi selepas bekas diktator Libya itu ditangkap hidup-hidup semasa kejatuhan bandar Sirte, yang juga kampung halamannya.Britain berkata semalam bahawa insiden pembunuhan Gaddafi itu 'mencemari' usaha Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) Libya.Para pegawai kanan NTC mengesahkan semalam bahawa satu bedah siasat telah dijalankan ke atas jenazah Gaddafi, yang akan diserahkan kepada saudara-maranya selepas rundingan diadakan dengan mereka mengenai tempat pengebumiannya.Sebelum itu, rejim baru Libya juga berkata perisytiharan pembebasan tersebut akan diadakan lewat semalam di Benghazi, sebuah bandar di bahagian timur Libya yang menjadi pusat pemberontakan yang tercetus pada Februari lalu.Dengan sokongan tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), pihak pemberontak kemudian berjaya menguasai ibu kota Tripoli pada Ogos lalu.NTC berjanji akan mengisytiharkan pembebasan negara itu selepas Sirte, pusat sokongan terakhir Gaddafi dikuasai dan pemimpin itu dibunuh pada Khamis lalu.Di bawah satu peta laluan yang disiapkan oleh NTC, sebuah pemerintah sementara akan dibentuk dalam masa sebulan, diikuti dengan pilihan raya bagi membentuk dewan perlembagaan dalam masa lapan bulan.Pilihan raya itu akan menjadi proses pengundian secara demokratik yang pertama di Libya sejak Gaddafi berkuasa menyusuli satu rampasan kuasa 42 tahun lalu.Pilihan raya parlimen dan presiden akan diadakan dalam masa setahun selepas itu.Pemimpin sementara Libya, Encik Mustafa Abdel Jalil, berkata satu siasatan sedang dijalankan ke atas suasana kematian Gaddafi selepas beberapa pemerintah asing dan kumpulan hak asasi menimbulkan tanda tanya terhadapnya.'Kami sedang menangani perkara ini dengan ketelusan,' kata Encik Abdel Jalil kepada stesen televisyen Al-Jazeera.Masyarakat antarabangsa mempersoal suasana kematian Gaddadi selepas klip video yang diambil melalui telefon bimbit dan disiarkan di televisyen menunjukkan beliau dipukul teruk oleh para pejuang NTC selepas ditangkap hidup-hidup.Gambar beliau kemudian lenyap di celah bunyi tembakan pada akhir klip tersebut. -- AFP.
Comment (1)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
Rakan Facebook Jingga 13
Blog Archive
-
►
2013
(76)
- ► 19 May - 26 May (2)
- ► 28 April - 5 May (1)
- ► 21 April - 28 April (3)
- ► 14 April - 21 April (12)
- ► 7 April - 14 April (12)
- ► 31 March - 7 April (20)
- ► 24 March - 31 March (26)
-
►
2012
(432)
- ► 29 July - 5 August (1)
- ► 10 June - 17 June (1)
- ► 3 June - 10 June (6)
- ► 27 May - 3 June (8)
- ► 20 May - 27 May (11)
- ► 13 May - 20 May (19)
- ► 6 May - 13 May (23)
- ► 29 April - 6 May (24)
- ► 22 April - 29 April (22)
- ► 15 April - 22 April (22)
- ► 8 April - 15 April (18)
- ► 1 April - 8 April (32)
- ► 25 March - 1 April (19)
- ► 18 March - 25 March (19)
- ► 11 March - 18 March (20)
- ► 4 March - 11 March (12)
- ► 26 February - 4 March (17)
- ► 29 January - 5 February (30)
- ► 22 January - 29 January (27)
- ► 1 January - 8 January (21)
-
▼
2011
(223)
- ► 25 December - 1 January (16)
- ► 30 October - 6 November (35)
-
▼
23 October - 30 October
(17)
- Demo mahasiswa jika Uitm gantung Khalid
- Malaysia mempunyai kapal yang paling maha didunia
- Demi untuk selamatkan Malaysia dari pendatang asin...
- Gadis dilapor hilang ditemui mati
- Ribuan Penduduk Meninggalkan Bangkok
- Laporan Audit, Pemerintahan Kedah bawah Azizan Abd...
- Ibrahim Ali ajak Rakyat beli utusan? setuju kah an...
- Bapa Pelakon Lindsay Lohan telah dibebaskan
- Bangkok akan tenggelam selama sebulan
- Najib tahu salah laku Ghani Patail
- saya kecewa- Mb Kedah ( video )
- Cyber Trooper upahan Umno cuba menghina Ulama NIk ...
- Kerana Mesyuarat awam - 34 Mati , 102 Cedera di India
- Isytihar Pembebasan Libya
- Pakatan Batal GST jika Pakatan Memerintah
- Obama umumkan peperangan ''stop'' di Iraq menjelan...
- Waris kepada takhta Arab Saudi meninggal dunia
- ► 16 October - 23 October (32)
anjlinabatra · 233 weeks ago