PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Friday, 28 October 2011

Ribuan Penduduk Meninggalkan Bangkok


BANGKOK: Ribuan penduduk Bangkok yang resah berduyun-duyun ke terminal-terminal bas, kereta api dan udara, semalam, sedang kenderaan-kenderaan sesak memenuhi jalan raya meninggalkan ibu kota Thailand itu mengelak daripada terkandas oleh banjir yang mengancam bandar itu.


Perdana menteri Thailand pula berkata, Bangkok sedang 'menentang kuasa alam semula jadi'.Semalam, air bah yang terus mengalir menuju ke Bangkok mengancam memecahkan daik yang melindungi ibu kota tersebut, mendorong para penduduk di sana bergegas keluar dari bandar itu, selepas kerajaan Thai menggesa mereka supaya segera meninggalkan kawasan itu.

Banjir paling teruk di Thailand sejak setengah abad yang lalu itu disebabkan sebahagiannya oleh hujan monsun lebat yang luar biasa. Ia telah mengakibatkan 373 orang maut sejak pertengahan Julai lalu.

Banjir juga telah menjejas kehidupan hampir 2.5 juta orang yang, sehingga kini, kebanyakannya tertumpu di wilayah-wilayah utara dan tengah Thailand.Bagaimanapun, Perdana Menteri Thailand, Cik Yingluck Shinawatra, memberitahu para wartawan, krisis itu kini sudah mencapai tahap kritikal bagi Bangkok.'Kelihatannya seperti kita sedang berjuang menentang kuasa alam semula jadi, air bah besar yang menyebabkan kerosakan kepada beberapa daik kita,' kata beliau.

'Yang sebenarnya ialah, kita perlu membiarkannya mengalir keluar ke laut secara semula jadi dan apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah menanganinya supaya ia mengalir lebih perlahan, jika tidak, semua orang akan menderita,' tambahnya.Sedang nada suara Cik Yingluck mulai bergetar, para wartawan bertanya apakah beliau sedang menangis.

'Tidak, saya tidak menangis dan saya tidak akan (menangis). Saya akan kuat cuba menyelesaikan masalah ini bagi rakyat Thai. Sekarang ini kita perlu mengalirkan air bah ke laut secepat mungkin dan kita perlu rancang pemulihan yang segera,' jelasnya.Keadaan trafik di bahagian tengah Bangkok agak reda disebabkan cuti awam selama lima hari yang diisytiharkan oleh pentadbiran Cik Yingluck bagi membolehkan orang ramai meninggalkan Bangkok.

Bagaimanapun, keadaan sebatang jalan raya utama di bandar itu menuju ke kawasan selatan yang bebas daripada banjir sesak sekali.Ramai orang meninggalkan rumah mereka dan menuju ke kawasan yang tidak dilanda banjir, khususnya pusat-pusat peranginan tepi pantai seperti Hua Hin, Phuket dan Pattaya.Timbalan ketua Penguasa Pelancongan Thailand, Encik Sansern Ngaorungsi, berkata kesemua destinasi itu sesak dengan rakyat Thai yang berpindah dari Bangkok.

Kementerian pertahanan Thailand pula berkata sejumlah 50,000 anggota tentera sudah bersiap dikerahkan, bersama 1,000 bot dan 1,000 trak bagi membantu para penduduk yang terjejas.Pihak berkuasa Thai berkata daerah ketiga - Sai Mai - di ibu kota negara itu juga dalam bahaya. -- AFP, Reuters.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...