PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Friday, 28 October 2011

Gadis dilapor hilang ditemui mati


KOTA TINGGI: Seorang gadis yang dilaporkan hilang petang Selasa lalu ditemui mati di ruang dapur sebuah rumah, selang tiga pintu dari rumah keluarganya, di kuarters Ladang Kambau, Tanjung Sedili, dekat sini, kelmarin.
Mangsa, Cik Nurul Atikah Samsiah, 15 tahun, yang berpakaian kemeja dan seluar sukan dijumpai pada 6.30 pagi dengan kesan lebam di seluruh muka dan anggota badan, dipercayai ekoran dibelasah.


Selain itu, terdapat kesan seret di permukaan lantai dapur dan sekitar tempat kejadian dipercayai kesan ketika mangsa dibawa masuk ke dalam rumah tersebut oleh pembunuhnya.Datuk mangsa, Encik Muhammad Kasim, 62 tahun, berkata mangsa yang tinggal di rumah kakitangan Ladang Kambau bersama ibu bapanya dikatakan hilang sejak 2 petang pada Selasa lalu.

'Apa salah cucu saya hingga dia dibunuh begitu kejam, dia hanya berumur 15 tahun. Saya harap pembunuhnya dikenakan hukuman setimpal. Tergamak dia melakukan perbuatan kejam ini terhadap cucu kesayangan saya yang tidak berdaya,' katanya.Menurut Encik Muhammad, beliau hampir pengsan selepas menerima panggilan telefon daripada ibu Nurul Atikah mengatakan cucunya itu ditemui mati.

'Kali terakhir saya bertemu Atikah ialah Isnin lalu apabila dia datang ke rumah saya di Kampung Sungai Perepat yang terletak 10 kilometer dari rumahnya bertanya khabar selain makan tengah hari.'Dia langsung tidak menunjukkan perubahan dan kelmarin (Selasa lalu), saya dimaklumkan Atikah hilang dari rumah,' kata Encik Muhammad.Difahamkan rumah tempat mayat mangsa ditemui itu didiami seorang pekerja bujang, yang jarang pulang ke rumah kecuali untuk memasak.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Abdul Samad Salleh, dan sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian sebaik di maklumkan penemuan tersebut diikuti sepasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Unit Anjing Pengesan bagi membantu siasatan.

Pihaknya percaya kes itu dapat diselesaikan dengan tertangkapnya seorang suspek yang merupakan seorang pekerja ladang warga tempatan berusia 41 tahun, yang kini ditahan.Suspek yang belum berumah tangga dikatakan bukan penghuni rumah di tempat mangsa ditemui, sebaliknya tinggal di deretan sama.Menurut Encik Abdul Samad, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, untuk bedah siasat.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...