Bagaimanalah seorang blogger upahan umporno terkenal, blogger ruangbicarafaisal a.k.a Muhammad Faisal bin Rohban, boleh mempercayai seorang kaki sesumpah yang terkenal lagi mashor dengan kes fitnah diliwat oleh orang tua yang mempunyai masalah tulang belakang? Harap badan jer perkasa tapi otak tak ada akal langsung. Apa tidaknya, yang terbaru si sayfool ini telah memburukkan Ahli Majlis Pimpinan pusat PKR, Fariz Musa dan berniat mengelirukan pembaca di blog tersebut bahawa kononnya Saiful adalah "mangsa liwat" dan kononnya ada pemimpin PKR mempercayai beliau..
Antara cerita sayfool yang dipercayai oleh si lembu umno ini adalah
- Saiful dan Fariz Musa mengadakan pertemuan sulit di Hentian Sebelah Lanchang, Lebuhraya Pantai Timur...
- Saiful ada menjelaskan kisah dia diliwat Anwar kepada Fariz Musa.
- Fariz Musa mendoakan kejayaan Saiful di dalam kes liwat.
Ini adalah satu pembohongan dan fitnah yang nyata dan jelas berniat jahat bagi menjatuhkan maruah Fariz Musa dan cubaan mengelirukan pembaca di blog tersebut..
Kejadian sebenar yang berlaku adalah...
Tiada langsung pertemuan sulit...
apa yang berlaku adalah...
Fariz Musa secara kebetulan "terserempak" dengan Saiful semasa berhenti untuk merehatkan badan di hentian sebelah Lanchang...
Fariz Musa pada ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke Shah Alam selepas bercuti sempena hari raya Idul Adha ditemani oleh isteri beliau,adik ipar dan juga seorang rakan lelaki.
Saiful yang kebetulan berada di situ juga sedang dalam perjalanan pulang ke KL...
Apabila "terperasankan" Fariz Musa, Saiful telah menghampiri untuk menyapa Fariz Musa yang ketika itu bersama isteri,adik ipar dan seorang rakannya.
Ketika itu,tiada langsung perbualan sulit antara keduanya..
Yang berlaku hanyalah sapaan biasa...
dan Fariz Musa hanya menanyakan kepada Saiful
“ Bila engkau bicara lagi ?” ,
Saiful pula menjawab “pergulungan nanti” .
dan Fariz bertanya lagi “so macam mana?”
dan Saiful hanya menjawab “ terserah kepada hakim”
Perbualan singkat di dalam pertemuan yang berlaku secarakebetulan itu disaksikan isteri dan rakan Fariz...
Fariz Musa juga menafikan ada mendoakan kejayaan kepada Saiful di dalam kes liwat fitnah yang akan diputuskan pada 9 january ini...
Fariz Musa juga ada menceritakan kejadian "terserempak" dengan Saiful itu kepada para peserta kursus Media baru Jingga 13 pada pada 8 November 2011, di tanjung Karang...
Beliau juga turut menceritakan pertemuan yang dianggap "sial" itu kepada semua Jawatankuasa Sekretariat Jingga 13 di dalam mesyuarat Jingga 13 di rumah beliau pada 15 November 2012
Jika ianya pertemuan sulit sebagaimana difitnah,kenapa pula Fariz Musa menceritakan kepada begitu ramai orang tentang pertemuan tersebut..?
Maka,demi menegakkan keadilan dan "mengajar" orang yang suka buat fitnah ini..
Fariz Musa akan membuat satu laporan polis terhadap fitnah yang direka oleh Saiful dan juga pemilik blog tersebut yang turut dikenali sebagai "ruangbicarafaizal"..
Laporan polis akan dibuat di IPD Shah Alam,
Tarikh : 7 January 2012
Waktu : 10am
Kesemua rakan-rakan seperjuangan dijemput hadir bagi menolak budaya fitnah yang diamalkan secara meluas oleh UMNO dan blogger upahan mereka..
Kalau bukan fitnah bukanlah UMNO namanya...
pemilik blog tersebut juga ada menyatakan KONONNYA memiliki video perbualan Fariz Musa dan Saiful..
Kalau betul..
Dedahkanlah video tu..
buat apa simpan..?
tunjukkan kebenaran, jangan hanya pandai lempar fitnah..!
Dengar khabar, tindakan menyaman kedua-dua kaki fitnah ini akan menyusul...
sumber: lianglahad.blogspot.com