SafwanSafwan Anang , mahasiswa yg menjadi mangsa brutaliti polis dgn arahan umno.
Ammar , mahasiswa yg menjadi mangsa brutaliti polis!
Inilah nasib Mahasiswa menjelang tahun 2012? Apabila mereka mengadakan tunjuk perasaan membantah tindakan UPSI yang dikenakan ke atas Mahasiswa Adam Ali (yang menurunkan seketika bendera Najib). Apalah salah mahasiswa ini sehingga dikenakan tindakan oleh UPSI? Yang lebih menghairankan mahasiswa ini telah dipukul dan dibelasah oleh anjing-anjing ini tanpa ada perasaan lagi?
Jika difikirkan secara logik, apakah salah tindakan mahasiswa ini mengadakan tunjuk perasaan selepas UPSI mengambil tindakan terhadap Adam Adli? Apakah kesalahan Adam Adli sebenarnya? Apalah sangat hendak dikira kalau setakat turun bendera bergambar Najib dan menggantikannya seketika dengan bendera mahasiswa sebagai tanda simbolik membantah tindakan Najib dan Kerajaan BN yang dilihat sebagai tidak berlaku adil dan mencabul hak bersuara dikalangan mahasiswa? Bukannya mereka tidak menaikkan semula bendera tersebut, tetapi tindakan itu telah membuatkan Kerajaan Barisan Nasional tidak senang duduk! Inilah hadiah dari Polis Raja Di Malaysia sempena Tahun Baru 2012 kepada mahasiswa yang juga rakyat di sebuah negara yang berdaulat bernama Malaysia!!!
Maklumat terbaru yang diterima dari MiloSuam seramai 17 orang telah ditahan.
Kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Marilah sama-sama kita membantah tindakan polis ini dengan menelefon Balai Polis Tanjung Malim (05-45962222) dan mendesak mereka ini dibebaskan segera!
Berita Terkini dari En Fariz Musa dan Jingga13 yang berada disana bagi memberi sokongan kepada mahasiswa yg di tahan.