Adakah ini pesanan terakhir Dato Sri Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia sekiranya beliau dipenjarakan?
"Jika ada orang dalam Umno yang berpendapat bahawa dengan memusnahkan Anwar, perjuangan Pakatan Rakyat akan terbantut, perkara yang sebaliknya akan berlaku.
Pakatan hadapi kemungkinan Anwar dipenjara
Pakatan Rakyat tidak gentar sekalipun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dihumban ke penjara apabila penghakiman kes perbicaraan liwat II disampaikanpada 9 Januari ini.
"Kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja saya atau Azizah sahaja tetapi juga Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan supremo DAP Lim Kit Siang. Kami telah bincangkan segala kemungkinan.
“Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami telah bincangkan situasi satu, dua dan tiga itu secara kolektif sebagai satu kumpulan," kata Anwar pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepimpinan Pakatan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Katanya, kepimpinan Pakatan juga mempunyai pelan kontingensi dan sedar mengenai apa yang mungkin terjadi pada 9 Januari, apabila keputusan perbicaraan kes liwat keduanya akan disampaikan.
"Jika ada orang dalam Umno yang berpendapat bahawa dengan memusnahkan Anwar, perjuangan Pakatan Rakyat akan terbantut, perkara yang sebaliknya akan berlaku.
“Kami akan teruskan perjuangan dan dipimpin oleh dasar-dasar Pakatan Rakyat," jamin Anwar.
Turut bersama pada sidang media itu adalah presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, penasihat DAP Lim Kit Siang serta Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menentukan keputusan kes Anwar pada Isnin depan, selepas perbicaraan ditutup selepas 87 hari pendengaran bulan lalu. Ia berlangsung hampir dua tahun.
Anwar, 64, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. Dalam pada itu, juga Anwar turut memaklumkan Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 akan berlangsung di Alor Setar, Kedah pada 13 dan 14 Januari ini. Konvensyen kali ini katanya memilih tema 'Bersihkan Malaysia'
Malaysiakini
Malaysiakini