PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Tuesday, 24 April 2012

Bersih 3.0 - Rakyat Wajib Hadir!!!


KOTA BAHRU: Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan sama.
Malah, beliau menyifatkan, berkata, kehadiran ke Bersih 3.0 adalah wajib dan menyeru rakyat yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah).

Katanya, menghadiri program itu suatu kewajipan kerana ia diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan proses pilihan raya di negara ini.
“Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” katanya kepada HarakahDaily di pejabatnya apabila mengulas program yang bakal diadakan 28 April ini.
Nik Aziz menyifatkan kewujudan pengundi hantu jelas perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.

“Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya?
“Tentu saja Umno BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya,” katanya.
Beliau berkata, ‘wajib’ rakyat seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.
Beliau berkata, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya adalah ‘haram’ di sisi Islam.
“Malah segala elaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakil rakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.
“Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,”ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=29430

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...