PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Monday, 23 April 2012

Rafizi: Jika berkuasa, PR akan lipat ganda pendapatan peneroka


SHAH ALAM, 22 April — Pakatan Rakyat (PR) akan melipat gandakan pendapatan bulanan peneroka Felda bagi meningkatkan nilai hartanah jika dipilih mengambil alih Putrajaya, kata pengarah strategik PKR Rafizi Ramli hari ini.

Tambah Rafizi, PR juga akan menyerahkan kuasa mengurus tanah rancangan terbesar di dunia itu bagi membolehkan mereka berjaya dengan usaha peneroka.
“Sekiranya PR berjaya memerintah, kami memikirkan untuk melipat gandakan pendapatan peneroka. Kalau sekarang ini pendapatan mereka RM4,000 sebulan, kita gandakan menjadi RM10,000 sebulan.
“Kita perlu memberikan latihan kepada peneroka, generasi kedua dan ketiga supaya mereka dapat berbakti kepada Felda. Ada banyak cara nak bantu peneroka,” tegas Rafizi ketika berucap selaku ahli panel di Konvensyen Hala Tuju Felda anjuran Gabungan NGO-NGO Felda di sini.
Tambah Rafizi lagi, PR juga akan meningkatkan nilai tanah rancangan Felda melalui merancakkan kegiatan ekonomi di Felda, melalui suntikan modal kerajaan, bukannya dengan merampas tanah peneroka.
“PR juga akan meningkatkan nilai tanah rancangan Felda dengan menghidupkan suasana ekonomi di dalan Felda.
“Ini perlu dilaksanakan dengan bantuan kewangan daripada kerajaan, dan bukannya dengan merampas tanah dan hak peneroka,” tegasnya.
Justeru, beliau menegaskan, generasi peneroka dan generasi kedua dan ketiga peneroka perlu di beri latihan bagi menambah nilai hartanah mereka.
“Peneroka boleh mewujudkan syarikat dengan perkongsian sesama peneroka dengan keluasan tanah mereka. Jika ada anak-anak peneroka yang berkelayakan, perlulah melantik mereka menguruskan syarikat tersebut.
“Dengan ini, kepentingan peneroka akan terpelihara dan mereka akan menguruskan ekonomi mereka sendiri.
“Tindakan ini akan PR laksanakan selepas memegang kuasa dalam tempoh dua, hingga ke tiga tahun memerintah,” tambahnya.
Konvensyen di Universiti Industri Selangor (Unisel) ini turut disertai oleh panel-panel jemputan untuk membentangkan kertas kerja mereka bagi menerangkan keburukan berkenaan penyenaraian FGVH.
Konvensyen tersebut dirasmikan oleh Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir, serta antara panel yang hadir adalah, bekas Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakub, dan juga Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, termasuk Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.


SHAH ALAM: Tayangan montaj Konvensyen Halatuju Felda di Dewan Unisel, Shah Alam disorak para peserta apabila wajah Pengerusi Felda yang kontroversi, Tan Sri Isa Samad terpapar di layar.


Ianya yang ditayangkan kira-kira lima minit itu menayangkan wajah Isa selama beberapa saat, di celah-celah jerit-perih para peneroka, selain memuatkan beberapa siri bantahan membabitkan kes-kes di mahkamah.



Montaj tersebut ditayangkan sempena perasmian konvensyen yang disempurnakan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Syeikh Abdul Kadir Syeikh Fadzir, pagi tadi.



Cakera padat montaj tersebut kemudiannya diedarkan secara percuma kepada para media.



Konvensyen anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) itu menghimpunkan hampir 1000 peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, sama ada peneroka asal, anak peneroka dan individu yang prihatin dengan perjuangan Felda.



Menurut Pengarah Program, Nasaie Ismail, program ini memberi ruang kepada peserta, khususnya peneroka untuk mengetahui agenda pihak-pihak tertentu berkaitan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Kuala Lumpur.



Selain Tan Sri Kadir, antara tetamu yang turut serta pada program ini ialah Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid; Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh; anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Abdul Ghafar; dan peguam Haris Abdullah.



Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dijangka hadir pada sesi petang  ini sebagai tanda sokongan kepada perjuangan peneroka Felda.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...