PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Tuesday, 10 April 2012

Skandal Dato Seri Ismai Sabri Yaakob Terbongkar!!!


KUALA LUMPUR 10 April:  NGO Jingga 13 mendedahkan wujud salah guna kuasa apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertindak memberikan penangguhan ‘khas’ kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad (KTKKK) untuk melaksanakan GP6 (Garis Panduan Mengenai Kemudahan Kredit Oleh Koperasi) dan GP7 (Garis Panduan Mengenai Pembiayaan Islam oleh Koperasi).


Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah KPDNKK mengumumkan pelaksanaan GP6 dan GP7 berkuatkuasa 16 Oktober 2009, namun ia ditangguh sehingga 1 Oktober 2010 dan semua koperasi dikehendaki menjalankan urusan pembiayaan menggunakan kaedah tersebut.
Menurutnya, ekoran pelaksanaan itu, banyak koperasi yang belum bersedia yang majoriti koperasi milik Bumiputera dengan pelaksanaan itu dipaksa memberhentikan segala urusan pembiayaan melalui bank komersial hingga mengakibatkan kerugian besar.
“Namun dalam susasa tersebut, menghairankan apabila KPDNKK dan SKM bersikap dwi-standard terhadap koperasi di bawah CIMB Bank, iaitu KTKKK apabila diberi keistimewaan dan pelanjutan khas.
“Jingga 13 mendesak KPDNKK dan SKM menjelaskan alasan membenarkan Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu diberi penangguhan ini sedangkan pelaksanaan GP6 dan GP7 berkuatkuasa pada 1 Oktober 2010,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.
Menurut Fariz, siasatan Jingga 13 mendapati Pengerusi KTKKK adalah Datin Seri Panglima, Jouyah Md Yunin iaitu isteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin manakala Ketua Pagawai Eksekutifnya pula anak mereka iaitu Norazli Yahya.
Menurutnya, surat penjelasan SKM kepada Setiausaha Jawatankuasa Portfolio Koperasi DPMM bertarikh 6 Mei 2009 menyatakan pelanjutan khas sehingga 31 Disember 2011 itu dibuat selepas rayuan  kerajaan Sabah yang ditandatangani Yahya Hussin dan ia juga atas arahan daripada Ismail Sabri sendiri.
“Jingga 13 turut mendedahkan sepucuk surat oleh SKM bertarikh 30 Jun 2011 kepada Pengerusi KTKKK, nombot rujukan SKM.IP. (UU)529A/1 bertajuk ‘Permohonan Melanjutkan Tempoh Pelaksanaan Model 2 Garis Panduan Koperasi Kredit Bersama CIMB Bank Berhad Oleh Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu.
“Dalam surat ini menyatakan SKM dengan persetujuan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada KTKKK untuk penangguhan khas pelaksanaan GP6 dan GP7 sehingga konsep Hiwalah yang diluluskan Lembaga Pengarah SKM dalam mesyuaratnya pada 28 Jun 2011 dikuatkuasakan dalam masa terdekat,” kata Fariz.
Fariz menambah, KPDNKK dan SKM bersifat dwi-standard apabila ratusan koperasi Melayu Bumiputeralain terpaksa berdepan risiko gulung tikar ekoran pelaksanaan GP6 dan GP7 tidak membenarkan mereka menggunakan model tiga tetapi dalam masa sama hanya membenarkan  KTKKK menggunakan model itu melalui pelanjutan khas.
“Justeru Jingga 13 mendesak KPDNKK dan SKM menjelaskan isu ini kepada rakyat dan juga warga koperasi kredit yang ternyata wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa sehingga keistimewaan diberikan kepada koperasi milik keluarga Timbalan Ketua Menteri Sabah,” ujarnya.


Kenyataan Media JINGGA 13!!!

PENDEDAHAN TERHADAP RASUAH SALAHGUNA KUASA MENTERI KPDNKK DATUK ISMAIL SABRI YAAKOB , SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA DAN TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH DATUK SERI PANGLIMA YAHYA HUSSIN TERHADAP PELANJUTAN ‘ISTIMEWA  DAN KHAS’ KOPERASI TANJONG KERAMAT KOTA KINABALU BERHAD

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia ( KPDNKK ) telah mengumumkan perlaksanaan GP6 : Garis Panduan Mengenai Kemudahan Kredit Oleh Koperasi dan GP7 : Garis Panduan Mengenai Pembiayaan islam Oleh Koperasi dan berkuatkuasa pada 16 Oktober 2009


Namun ditangguh sehingga 1 Oktober 2010 dan semua koperasi dikehendaki menjalankan urusan pembiayaan daripada Model 3 kepada Model 2.

Ekoran daripada itu , banyak koperasi yang belum bersedia 

( majoriti melayu-bumiputera ) dengan model 2 telah diarah dan memberhentikan segala urusan pembiayaan melalui bank komersial dan mengakibatkan kerugian yang besar sehingga ada yang terpaksa membuang pekerja kerana menghadapi masalah kewangan yang besar .

Namun dalam suasana tersebut , adalah amat menghairankan apabila Menteri KDNKK dan SKM telah bersikap dwi standard didapati sebuah syarikat koperasi di bawah CIMB Bank Berhad iaituKOPERASI TANJONG KERAMAT KOTA KINABALU BERHAD diberikan keistimewaan dan pelanjutan “khas”.

Jingga 13 MENDESAK Menteri KPDNKK Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menjelaskan di atas alasan apa membenarkan Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad diberikan penangguhan istimewa dan khas atau pelanjutan tempoh  melaksanakan model 2.


Sedangkan pelaksanaan Garis Panduan 6 dan 7 ( GP6 dan GP7 ) oleh koperasi-koperasi kredit berkuatkuasa pada 1 oktober 2010 ?

Jingga 13 mendedahkan surat Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Setiausaha Jawatankuasa Portpolio Koperasi DPMM bertarikh 6 Mei 2011 , rujukan SKM.IP(UU): 529A/(31) bertajuk PENJELASAN KOPERASI TANJUNG KERAMAT SABAH BERHAD DENGAN MODEL 3 PEMBIAYAAN CIMB menyatakan:

2.  Adalah dimaklumkan pelaksanaan Garis Panduan 6 dan 7 ( GP6 dan GP7 ) oleh koperasi-koperasi kredit telah mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 2010. Tiada koperasi lain yang diberi pelanjutan tempoh oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia     ( Suruhanjaya ) kecuali Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad sahaja. Perlanjutan tempoh kepada Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad diberikan adalah berdasarkan kepada berikut :

Arahan daripada YB Menteri KPDNKK supaya memberi pertimbangan sewajarnya atas rayuan tersebut ;
Terdapat surat rayuan daripada Kerajaan Negeri Sabah yang ditandatangani oleh YB Timbalan Ketua Menteri supaya memberi pelanjutan sehingga 31 Disember 2011 kepada semua koperasi di Negeri Sabah.

Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad telah diberikan penangguhan serta pengecualian istimewa penggunaan Model 2 sehingga 30 Jun 2011.

Jingga 13 juga turut mendedahkan sepucuk surat oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia bertarikh 30 Jun 2011 kepada Pengerusi Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad , bernombor rujukan SKM.IP.(UU)529A/1(  ) bertajuk :

PERMOHONAN MELANJUTAN TEMPOH PELAKSANAAN MODEL 2 GARIS PANDUAN KOPERASI KREDIT BERSAMA CIMB BANK BERHAD OLEH KOPERASI TANJONG KERAMAT KOTA KINABALU BERHAD menyatakan :

2.    Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Koperasi Malaysia ( Suruhanjaya ) dengan persetujuan Y.B Menteri Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad dengan memberi tempoh penangguhan “khas” pelaksanaan GP6 dan GP7 sehingga konsep Hiwalah yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam mesyuaratnya pada 28 Jun 2011 dikuatkuasakan dalam masa terdekat .

Jingga 13 mendesak agar Datuk Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri KDNKK menjelaskan terhadap persetujuan ‘penangguhan “khas” ‘ bermula 30 Jun 2011 sehingga sekarang dan tidak dinyatakan tempoh tarikh akhir kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad selagi konsep Hilawah tidak dikuatkuasakan .

Jingga 13 dapati Menteri KDNKK Datuk Ismail Sabri Yaakob telah bersifat dwi standard, tidak adil dan wujud rasuah salahguna kuasa terhadap pengecualian , pelanjutan “khas” dan 'keistimewaan' kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad sedangkan semua koperasi-koperasi kredit dilarang terhadap perlaksanaan model 3 sepertimana yang terkandung dalam Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia iaitu GP6 dan GP7.

Bebarapa buah koperasi telah dibekukan Kod BPA kerana menjalankan aktiviti kredit dilarang mengikut Model 3 – GP6 dan GP7 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia iaitu :

 

Siasatan Jingga 13 mendapati Pengerusi Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad adalah Datin Seri Panglima Hajah Jouyah binti Md Yunin yang merupakan isteri kepada YB Datuk Seri Panglima  Yahya Hussin , Timbalan Ketua Menteri Sabahdan Norazli Yahya ialah Ketua Pegawai Eksekutif juga merupakan anak kepada Datuk Seri Panglima Yahya Hussin dan Datin Seri Panglima Hajah Jouyah binti Md Yunin.

Jingga 13 mendapati wujud rasuah salahguna kuasa Dato Ismail Sabri Yaacob , Menteri KDNKK apabila bertindak memberikan keistimewaan dan penangguhan “khas” terhadap syarikat koperasi milik isteri YB Datuk Seri Panglima Yahya Hussin,  Timbalan Ketua Menteri Sabah . 


Berdasarkan siasatan Jingga 13 mendapati syarikat koperasi tersebut ditubuhkan pada 2 Jun 2009 , tiada pengalaman menjalankan aktiviti pembiayaan kredit , diberikan keistimewaan sedemikian rupa berbanding syarikat-syarikat koperasi lain yang sudah mempunyai pengalaman yang cukup lama dalam bidang tersebut tetapi dinafikan sedangkan GP6 dan GP7 diluluskan pada 16 Oktober 2009 .

Pihak SKM memaklumkan akan wujud surat rayuan YB Timbalan Ketua Menteri Sabah yang memohon pelanjutan , namun seluruh Malaysia hanya Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad milik isteri Timbalan Ketua Menteri Sabah dibenarkan beroperasi dan diberikan pelanjutan khas oleh Menteri KPDNKK . 


Timbalan Ketua Menteri Sabah , Datuk Seri Panglima Yahya Hussin juga wajar menjelaskan berkaitan isu tersebut . 

Datuk Seri Panglima Yahya Hussin 
Tindakan kejam dan zalim  oleh Datuk Ismail Sabri Yaacob tersebut tetapi menafikan ratusan koperasi-koperasi kredit melayu dan bumiputera lain yang ada terpaksa berdepan dengan risiko ‘gulung tikar dan hidup segan mati tidak mahu ‘ ekoran perlaksanaan GP6 dan GP7 yang tidak membenarkan mereka mengunakan model 3 tetapi memberikan pelanjutan khas kepada hanya sebuah koperasi sahaja iaitu Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad.

Jingga 13 mendesak Datuk Ismail Sabri Yaacob, Menteri KPDKK , Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin , Timbalan Ketua Menteri Sabah menjelaskan isu tersebut kepada rakyat dan warga koperasi kredit yang ternyata wujud rasuah salahguna kuasa atau adakah berkemungkinan berlaku amalan rasuah sehingga keistimewaan diberikan kepada sebuah syarikat koperasi tersebut cukup luar biasa ?

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator Jingga 13

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...