PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Wednesday, 11 April 2012

Takut Digelar BODOH!! Kerajaan Bini Najib benarkan perhimpunan BERSIH 3.0.0


Sebelum ini tak pernah kerajaan rejin Barisan Nasional membenarkan BERSIH diadakan secara aman tetapi  tiba-tiba satu keajaiban telah berlaku! Apakah ini ada kaitan dengan ketakutan PM  & kerajaan rejim BN menghadapi jutaan rakyat Malaysia yang sudah bersedia  menyerang Bandaraya Kuala Lumpur agar dapat berhimpun beramai-ramai bagi membantah kekotoran dalam Sistem Pilihanraya di Malaysia? Sila baca disini



Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya.

Ditanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Hishammuddin berkata kumpulan itu boleh berhimpun tetapi tidak boleh menyusahkan orang awam atau menjejas ketenteraman awam.

Ditanya sekiranya penganjur boleh menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan, Hishammuddin bagaimanapun tidak memberikan jawapan jelas.

Sebaliknya, beliau berkata penganjur perlu berbincang dengan polis dan mencari lokasi lain supaya tidak menjejaskan orang awam.

Penganjur perhimpunan itu, BERSIH 2.0, sebelum ini mengumumkan bahawa perhimpunan berkenaan akan dijalankan selama dua jam bermula jam 2 petang pada 28 April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Perhimpunan dengan tema "Duduk Bantah" itu juga akan diadakan serentak di lokasi tertentu seluruh negara dan negara lain.

Perhimpunan berkenaan juga akan disertai oleh Himpunan Hijau – perhimpunan untuk membantah loji nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Pahang.

Malaysia kini

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...