Sidang Media oleh Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution
Politik Selat Di Johor Sudah Dipraktikan
Bagi orang yang cintakan kedamaian dan menghormati demokrasi tentu akan merasa sedih dan kesal bangat mengenangkan apa yang berlaku di Sembrong, Johor malam tadi. Setelah 54 tahun merdeka dan para pemimpin 'ketiak busuk' negara menguar-uarkan kepada dunia kononnya negara kita menjadi negara Islam contoh dunia, dirasakan apa yang berlaku itu kontradik dengan apa yang didakwa itu.
Bagi orang yang cintakan kedamaian dan menghormati demokrasi tentu akan merasa sedih dan kesal bangat mengenangkan apa yang berlaku di Sembrong, Johor malam tadi. Setelah 54 tahun merdeka dan para pemimpin 'ketiak busuk' negara menguar-uarkan kepada dunia kononnya negara kita menjadi negara Islam contoh dunia, dirasakan apa yang berlaku itu kontradik dengan apa yang didakwa itu.

Kalau tidak menyaksi sendiri sebahagian dari episod malam tadi saya tidak akan percaya apa lagi ia berlaku di Johor Darul Takzim negeri kubu Umno yang masyarakatnya dianggap kelas nombor wahid. Tentu saya akan mengatakan masakan orang Johor khasnya orang Sembrong sanggup bertindak rakus begitu. Menjadi liar bagaikan binatang yang tidak bertuan atau kurang ajar?

Kawan saya bekas seorang ahli Umno sebegitu melihat keadaan itu tidak percaya dengan apa yang berlaku. Dia tertegun sekejap tidak percaya. "Iya... itu ceramah Anwar.. yang mengibar bendera dan menyanyi lagu-lagu patriotik 'kepala lutut' itu adalah anak-anak muda liar Umno," kata saya geram tidak dapat menyembunyikan rasa jengkil.

Selepas itu apabila dia mendengar sendiri yang sedang berceramah itu Anwar baru dia percaya. "Oh jahat Umno," katanya spontan. "Oh baru tahu, begini rupanya perangai orang Umno Johor" tambahnya lagi yang kebetulan memandu kereta, memperlahankan kereta untuk melihat dengan puas hati.

Hari ini menteri pengajian tinggi, Khalid Nordin asal Johor juga. Menteri pelajaran pula Udin anak Yassin juga orang Johor. Apakah untuk masa depan sudah sampai kementerian yang penting itu diberikan kepada orang negeri lain termasuk Kelantan, Kedah, Selangor atau Pulau Pinang. Dengan telatah di tunjuk anak-anak kurang azam dan biadab itu sudah cukup kalau soal pendidikan dan pengajian anak diserahkan kepada orang Johor.

Bersambung disini MSOMelayu
JOHOR: Bimbang dengan karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin kebangkitan rakyat melawan kezaliman, sebilangan samseng Umno bertindak liar membaling batu dan menendang kereta Ketua Pembangkang itu.
Cermin kereta itu retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek ketika mengadakan ceramah di kawasan Parlimen Sembrong. Perangai samseng Umno menjadi-jadi
Samseng Umno membawa bendera parti mereka dan Barisan Nasional (BN) turut melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak melontar kata-kata kesat. Kejadian itu berleluasa tanpa sebarang tindakan walaupun ia berlaku berhampiran beberapa anggota polis.
Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal penyokong Pakatan berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib.
Kejadian berkenaan menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan yang mengecam perbuatan tidak bertamadun itu, sebaliknya penyokong Umno memfitnah, kononnya cermin kereta ‘dipecahkan sendiri’.
“Saya saksi di tempat kejadian,” kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui twitternya, sekali gus menyanggah tohmahan itu.
Pimpinan KEADILAN Johor dijangka membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.
anjlinabatra · 231 weeks ago