PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Wednesday, 22 February 2012

[Video] Gempar!! Kerajaan Malaysia Bekal "Peluru Hidup" Kepada Yahudi Laknatullah?


Nak cakap apa lagi? Bukti bahawa Kerajaan Malaysia berdagang dengan Israel Laknatullah sudah terbongkar melalui video rakaman dari anggota Jingga13 yang disebarkan pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pagi tadi!

Dari Malaysiakini:



NGO mesra PKR, Jingga 13, hari ini membekalkan bukti menunjukkan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.


NONE
Mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, Jingga 13 berkata kapal, Zim Atlantic, yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel.


"Dagangan ini menyumbang kepada ekonomi Israel, dan kami percaya bahawa Malaysia telah menyumbang wang yang digunakan untuk membeli peluru yang membunuh rakyat Palestin," kata ketua penyelaras Jingga 13 Fariz Musa.


Menurutnya, saham Zim Integrated Shipping Services Ltd turut tersenarai dalam Bursa Tel Aviv.

Beliau turut mendedahkan beberapa dokumen termasuk kebenaran belayar atau ‘sailing clearance’ dan dokumen penerimaan ejen penghantaran yang disahkan Kastam Diraja Malaysia.


NONE
Fariz turut menayangkan rakaman video telefon pintar kehadiran dua kapal kargo, Zim USA dan Zim Atlantic di Pelabuhan Klang.

“Zim USA dan Zim Europa belayar terus dari Pelabuhan Ashdod, dipercayai kapal milik Zim turut belayar ke pelabuhan di Sabah dan Sarawak,” katanya.

“Persoalannya, kenapa ada hubungan dagang? Polisi tak jelas. Dasar kerajaan patutnya tidak mewujudkan sebarang hubungan diplomatik. Apakah ini satu pengiktirafan kepada kerajaan haram Israel?” katanya.



Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Azmizam Zaman Huri berkata, dakwaan kerajaan tidak melakukan hubungan dagang dengan Israel adalah tidak benar kerana jika sebuah kapal ingin berlabuh, mereka perlu mendapat kebenaran daripada pihak berwajib.

"Kalau sebuah kapal nak masuk ke dalam negara, mereka perlu mengemukakan sijil kapal itu. Dan sijil kapal ini juga jelas menunjukkan milik Israel.

BUKTI! SAILING CLEARENCE atau nama lainnya 'SURAT BERANAK' untuk salah satu KARGO DARI ISRAEL ke MALAYSIA yang dibawa oleh ZIM ATLANTIC pada 16 Feb 2012 yang lalu. 'SURAT BERANAK' ni dicetak di Pelabuhan Ashdod, Israel pada 2 Feb 2012 dan tertera destinasi penghantaran KARGO tersebut iaitu PORT KLANG, Malaysia.

Justeru itu, Jingga13 akan mengadakan perhimpunan di Westport pada 22 Februari bagi membantah sebuah lagi kapal yang dipercayai milik Israel- Zim Europe daripada berlabuh. Semua umat Islam dan rakyat Malaysia dijemput hadir beramai di Westport, Perlabuhan Kelang dan berkumpul disana bagi membantah kehadiran Kapal Dagang Yahudi Laknatullah ZIM Israel dari berdagang di Malaysia

sumber

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...