PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday, 25 February 2012

[Video] Lynas: Bukankah Mencegah Lebih Baik Dari Merawat? - Adam Adli

Laporan TV3 mengenai Lynas: Kalau Tak Menipu! Bukan TV3/Umno Namanya?

Mengikut laporan Buletin Utama TV3, Projek Lynas selamat, menurut IAEA tetapi tidak berani menjamin untuk jangka masa panjang. Nyawa rakyat Kuantan dan Pahang sudah pasti akan terancam jika berlaku kebocoran.
Kini kilang Lynas di Gebeng, Pahang sudah siap hampir 40%! Yang rakyat Malaysia pertikaikan bagaimana boleh siap 40% sedangkan projek baru diluluskan dan masih dalam proses bantahan! Jika tiada pihak yang membantah, barulah projek ini boleh dibina! Disinilah timbulnya keraguan mengenai keselamatan kilang tersebut.

Sejak zaman Tun Mahathir memerintah sehinggalah sekarang, projek-projek dibawah kerajaan Barisan Nasional sentiasa ada masalah yang besar berlaku. Kerisauan mengenai projek-projek tersebut makin hari makin terserlah. Antara projek-projek yang telah hancur dibawah kerajaan UMNO-Barisan Nasional adalah Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM 280 Juta di Kuala Terengganu yang runtuh walaupun hanya baru setahun digunakan.
   
Antara sebab-sebab projek Lynas diteruskan juga walaupun menghadapi tentangan rakyat adalah hanya untuk mendapatkan keyakinan pelabur asing supaya terus melabur di Pahang. Ini adalah kerana pertumbuhan ekonomi di negeri Pahang dibawah pentadbiran Menteri Besar Umno, Dato' Sri  Adnan Yaakob  adalah lembab dan kurangnya pelaburan asing yang masuk. Dengan membina kilang Lynas ini dikatakan akan meningkatkan pelaburan asing. Yang menjadi persoalannya apakah Dato Sri Adnan Yaakob sanggup mengambil risiko dan menjadikan nyawa rakyat Negeri Pahang dan Kuantan khususnya, dalam keadaan terancam dan merbahaya? Bukankah ini akan menyebabkan penduduk Bandar Kuantan akan melarikan diri dan berhijrah ke tempat lain? 

Satu lagi faktor yang menyebabkan Kilang Lynas ini dibenarkan beroperasi adalah dikatakan radiasi dari Kilang Lynas ini selamat dan tidak merbahaya! Apakah jaminannya? Secara logiknya jika radiasi dari kilang ini selamat, kenapa tidak dibina sahaja di Australia? Sedangkan disanalah lombong bahan mentah nadir bumi ini berasal? Mengapa wajib diangkut melalui keretapi dan kapal laut merentasi benua untuk diproses di Kuantan? Bukankah lagi mudah serta menjimatkan kos jika dibina sahaja kilang memproses bahan nadir bumi ini disana?

Banyak lagi alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional yang membenarkan loji ini dibina dan beroperasi disana walaupun ditentang oleh rakyat sendiri walaupun pada pandangan kerajaan ianya adalah agenda pihak pembangkang yang hanya tahu membangkang apa sahaja rancangan kemajuan yang dibawa oleh pihak kerajaan. Sebenarnya yang mulakan penentangan ke atas projek ini, bukannya orang lain tetapi rakyat Pahang sendiri yang sedar akan bahayanya loji nadir bumi Lynas ini 
Apakah pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sanggup melihat bakal anak-anak mereka dilahirkan sedemikian rupa? Fikirlah dan renungilah. Jangan jadikan rakyat Malaysia sebagai mangsa atau tikus makmal ujikaji! - Demi Rakyat!!

Radiasi kilang Lynas sudah tersebar!

26 Februari ini, masa depan bumi Kuantan bakal ditentukan; samada bumi ini mampu dipertahankan dengan kuasa rakyat, atau kapitalis terus menang lagi.  Ini bukan kali pertama dalam sejarah negara kita, bumi kita dieksploitasi untuk kepentingan dan keuntungan orang-orang kaya dan kapitalis asing.Sejarah sudah membuktikan bahawa segala macam sumber perut bumi kita telah teruk dirompak demi keuntungan sesetangah pihak; dan keuntungan ini tidak mungkin dinikmati sama oleh masyarakat tempatan.  Jika dahulu, hasil-hasil bumi seperti timah, balak dan getah menjadi sumber-sumber yang dirompak serakusnya dari bumi kita, hari ini, selepas hasil-hasil ini sudah kontang, bumi kita digunakan lagi sekali oleh pihak asing; kali ini, untuk memproses bahan beradioaktif.  Dari jauh di tanah asing, sanggup diangkut nadir bumi ini, dan diproses di bumi kita dan kemudian akan diangkut semula ke bumi asing itu.  Mengapa?  Mengapa nadir bumi ini tidak diproses sahaja di tempat asalanya?  Bukankah lebih menjimatkan?  Sekali lagi bumi kita hanya menjadi mangsa eksploitasi.Dalam dunia ini, diketahui bahawa hasil nadir bumi ini sentiasa diproses di Tanah Besar China.  Biarlah pakar-pakar mengulas dengan lebih mendalam akan perihal ini; bagi saya sebab musababnya pastilah kerana ia tidak selamat diproses di tempat asalnya, berbanding Tanah Besar China yang tidak pernah kekurangan ruang yang selamat.  Semudah itu.  Malangnya, apabila nadir bumi ini dicadangkan agar diproses di bumi kita, kerajaan kita bersorak gembira; kononnya bakal jadi negara yang boleh memecahkan monopoli China dalam industri ini.  Alang naifnya.  Kilang sekecil yang terdapat di Gebeng itu hanya ibarat kedai runcit kampung yang cuba bersaing dengan gedung membeli belah milik usahawan dari negara atas angin, tidak mungkin ia memecahkan monopoli, dan semestinya satu hari nanti terpaksa pula bergantung kembali kepada kuasa besar itu.  Bagi saya, sebelum berniat untuk memecahkan monopoli industri bahan beradioaktif, baiklah diselesaikan dahulu masalah ayam dan daging yang masih belum cukup dan sentiasa mahal di pasar borong.Satu perkara yang sering menjadi kerisauan atas isu kilang Lynas ini adalah kesan radiasinya.  Seperti yang didedahkan media dan pengkaji, Lynas sendiri mengakui bahawa mereka tidak mempunyai persediaan yang cukup untuk menguruskan sisa buangan kilang ini, apa lagi mekanisma keselamatan menghadapi risiko tersebarnya gelombang radioaktif.  Namun yang demikian, ramai yang tidak sedar, bahawa radiasi kilang ini telahpun lama tersebar!  Tersebarnya radiasi berbahaya ini bagaimanapun secara terpilih.  Saya yakin, penduduk Kuantan yang setiap minggu berkumpul menyuarakan bantahan tidak dicemari dengan radiasi ini, sebaliknya yang terkena kesannya adalah orang-orang yang kebanyakannya tinggal di Kuala Lumpur dan Putrajaya, dan sebahagian kecil di bumi Kuantan sendiri.

Radiasi yang tersebar ini tidak pula menjejaskan jantung, saraf, paru-paru, mahupun kulit!  Satu-satunya organ yang terjejas teruk oleh radiasi dari kilang Lynas di Gebeng ini hanyalah otak; dan sesekali mulut.
Radiasi sedia diketahui mampu menjejaskan fungsi otak.  Samada kita gagal mengawalnya, atau otak tidak berfungsi dengan sepatutnya.  Kesan terhadap otak ini pula disedari hanya tersebar di Putrajaya dan Kuala Lumpur, dan mangsanya sentiasa dilihat samada berbaju kemeja lengkap bertali leher, berbaju batik, ataupun bersongkok tinggi.  Radiasi dari nadir bumi Lynas yang hinggap di otak ini turut disedari tidak mengenal pangkat dan taraf sosial.  Setakat ini, empat lapisan masyarakat yang dikesan terjangkit otaknya dengan partikel radiasi ini bergelar menteri, ketua cawangan, media dan mahasiswa.

Yang paling awal terkena kesan berbahaya ini tentulah menteri, dan berlakunya infeksi ini sebaik sahaja selesai upacara menandatangani perjanjian antara mereka dengan pemilik kilang nadir bumi Lynas ini.  Radiasi ini telah menjadikan mereka tidak mampu untuk bercakap benar, gemar mengeluarkan kenyataan yang cetek, dan tidak lagi berpegang pada janji "rakyat didahulukan".  Arakian, selepas mereka dijangkiti, diketahui bahawa tersebarnya pula kesan radiasi ini ke tiga lapisan yang lain melalui tangan, mulut, dan akaun bank.
Lapisan kedua iaitu ketua cawangan, diikuti dengan media, dan mahasiswa seperti yang dikatakan tadi, dijangkiti juga sebelum kilang Lynas ini beroperasi lagi.  Dengan hanya berbalas salaman antara menteri dengan ketua cawangan, dilapik dengan transaksi akaun bank, maka otak ketua-ketua cawangan ini pun turut sama dijangkiti oleh radiasi yang terus membengkak.  Jika radiasi pada menteri membuatkan mereka berbohong, dan melupakan janji; radiasi pada ketua-ketua cawangan ini menjejaskan kebolehan bersuara dan berbudi bahasa mereka mereka.  Maka keluarlah kata-kata kesat yang diselang-selikan dengan penumbuk dan penendang ke atas orang-orang tempatan yang tidak dihinggapi partikel radiasi walaupun saban waktu berkampung di sekitar kawasan kilang Lynas itu.Pada pihak media pula, melalui mulut menteri, kesan radiasi ini disebarkan melalui kenyataan dan kemudian disambut dengan ulasan-ulasan karut.  Otak yang dijangkiti ini menyebabkan mereka menjadi berat sebelah dan mula menggadai identiti. Bayangkan, bagaimana seorang penyampai televisyen yang terkenal sebagai pejuang alam sekitar, boleh berubah kiblatnya menjadi pejuang kilang radioaktif.  Betapa hebatnya penangan kesan radiasi yang disebar oleh menteri ini.  Akhir sekali, golongan yang selama ini dilihat sebagai pembela hak masyarakat pula turut dihinggapi.  Sekali lagi, melalui tangan yang bersalam, mulut yang memuji, radiasi disebarkan.  Menggunakan taraf sebagai mahasiswa, mereka mempertahankan kilang radioaktif ini dengan kata-kata muluk yang kadang kala diselang-seli dengan hujah ala bilik kuliah.  Sedihnya melihat bagaimana otak-otak ini dirosakkan oleh radiasi kilang nadir bumi Lynas ini.  Inilah yang dimaksudkan bahawa bahaya radiasi ini bukan perkara main-main.  Belum lagi beroperasi sepenuhnya, sudah pun kesan buruknya tersebar, bayangkan bagaimana agaknya masa hadapan penduduk Kuantan?Hari ini, kilang maut Lynas ini sudah pun mendapatkan kebenaran sementara untuk beroperasi.  Masa kian suntuk untuk kita membuktikan bahawa seperti di Bukit Merah dahulu, kilang ini harus ditutup, dan Lynas ini harus dihalau!  Mengaut keuntungan wang ringgit untuk dinikmati hanya sesetengah individu berkepentingan tidak semulia mempertahankan nyawa dan kesihatan puluhan ribu penduduk tempatan yang berada di sekitar kilang tersebut.  Sejarah dunia sudah membuktikan bagaimana pusat-pusat operasi yang memuntahkan radiasi ini tidak pernah selamat.  Jika Ukraine dan Jepun yang kepakarannya tidak pernah diragui suatu masa dahulu sudah pun menjadi mangsa; apa lagi kita?  Seperti sindiran popular yang sering dilempar kepada pihak berwajib: sebelum bina kilang beradioaktif, baiki dahulu tingkap kereta Proton!  Sekurang-kurangnya, bila radiasi mula tersebar, sempat kita menutup tingkap kereta untuk menapis partikel-partikel maut itu dari terkena diri kita, atau sekurang-kurangnya, otak kita.-   Adam Adli - Mahasiswa, Pertubuhan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...