PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Wednesday, 22 February 2012

[Video Panas]! Anwar cabar Najib Debat Isu Palestin-Israel



KUALA LUMPUR 21 Feb: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai isu Palestin- Israel.
Anwar dalam ceramahnya di Taman Sri Gombak malam tadi berkata, debat ini perlu bagi menjelaskan perkara sebenar ekoran pelbagai dakwaan yang dilemparkan kepadanya sejak mutakhir ini.

“Saya tak pernah ada hubungan dengan Israel. Siapa sebenarnya yang berurusan dengan kerajaan Israel? Parti mana? Habis kapal dagang yang berlabuh di Pelabuhan Klang tu milik siapa?,”  Soal Anwar di hadapan kira-kira 2,000 hadirin.
Katanya, pimpinan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) termasuk Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berulangkali menafikan pembabitan mereka dengan Israel, namun enggan berdebat.
“Orang ini melalak, menjerit tapi nak berdepan tak berani malah Muhyiddin, Hishammuddin (Hussein) pun. Kita telah dedahkan dokumen, penglibatan kapal dan segala kelengkapan Israel yang berdagang di Malaysia.
“Mereka kata Anwar ini bermuka-muka, menyokong Israel. Cukuplah dengan penipuan ini. Sekarang giliran rakyat untuk bangkit dan menolak kezaliman. Dan jika betul kita debat soal Palestin,” tegas beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.
Beliau turut mendakwa Umno sengaja melaga-lagakan hubungannya dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dengan mensensasikan kenyataan bahawa beliau menyokong usaha bagi memastikan keselamatan Israel.
“Mereka hentam Anwar habis-habisan dan sekarang mereka nak laga-lagakan saya dengan Tok Guru Nik Aziz.
“Mereka nak laga-lagakan saya buat apa? Saya pergi ke Johor, ada kain rentang tulis kononnya Anwar tak sokong Nik Aziz. Pemuda Umno kata begitu,” ujarnya seperti dilapor FreeMalaysia Today.
Baru-baru ini Datuk Nik  Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan menggesa Anwar menarik balik kenyataan menyokong sebarang usaha menjaga keselamatan Israel dalam The Wall Street Journal (WSJ) atau mengambil tindakan undang-undang jika kenyataan itu salah.
Namun Anwar menegaskan isu Palestin-Israel adalah selari dengan pendirian Hamas dan Fatah dengan syarat tentera Israel perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan, aspirasi rakyat Palestin dihormati dan negara Palestin ditubuhkan.
“Pendirian saya selari dengan pendirian Hamas dan Fatah. Kalau nak iktiraf Israel, saya katakan prasyaratnya berat. Adakah Israel nak undur, nak serah Baitulmuqaddis? Kalau tidak, tak boleh ada hubungan (dengan Israel),” tegas beliau.

Part1
Part 2

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...