KOTA KINABALU, 30 Mac: Menubuhkan sebuah syarikat minyak dan gas yang dimiliki rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM1 bilion dengan tujuan mewujudkan sebuah konglomerat antarabangsa yang dapat dibimbing oleh Petronas untuk bersaing di persada dunia dan menyediakan peluang pekerjaan serta membina kepakaran rakyat Sabah dalam industri minyak dan gas.
1. Mengiktiraf dan menghormati agama Islam adalah agama rasmi negara tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
2. Menjunjung kedaulatan sabah sebagai negeri yang sah di dalam Persekutuan Malaysia dengan mematikan sebarang tuntutan bertindih keatasnya termasuk menghentikan bayaran kepada negara asing yang membuat tuntutan bertindih ke atas Sabah.
3. Menyempurnakan sebuah Suruhanjaya Di Raja bagi mencari jalan penyelesaian kemelut pendatang tanpa izin di Sabah.
4. Menjaga, menghormati dan mengiktiraf hak tanah adat dan menarik semula semua kes mahkamah yang selama ini dibawa oleh Kerajaan Negeri sekiranya kes-kes tersebut jelas mencabuli hak tanah adat.
5. Melancarkan program Borneonisasi dalam sektor perkhidmatan awam secara berperingkat-peringkat untuk memastikan jawwatan-jawatan utama dipegang oleh rakyat Sabah.
6. Membawa usul ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menuntut hak ke atas Blok L dan M yang dirampas tanpa persetujuan rakyat Sabah, termasuklah mengambil tindakan sivil dan jenayah ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab menyerah Blok L dan Blok M tanpa izizn dari rakyat Sabah.
7.Mengukuh autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara-perkara yang termaktub di dalam Perkara 20 untuk memastikan sebarang tindakan yang melanggar Perkara 20 dihentikan serta merta.
8. Menyempurnakan tuntutan kenaikan royalti hasil minyak petroleum kepada 20 peratus dengan menandatangani perjanjian baru dengan kerajaan Persekutuan agar bayaran kepada rakyat Sabah adalah berkadar langsung dengan keuntungan tambahan dari hasil petroleum di negeri Sabah.
9. Mengurangkan bebenan rakyat Sabah dengan mengkaji semula dasar polisi kabotaj yang menyebabkan harga di Sabah jauh lebih mahal.
10. Mengkaji semula peranan agensi FELDA, FELCRA dan RISDA di Sabah supaya hasil pengagihan penanaman komoditi dinikmati oleh semua rakyat Sabah.
11. Mewujudkan Yayasan Orang Asal dengan dana RM1 bilion bagi merangsang sosio ekonomi Orang Asal.
12. Menaikkan bantuan kewangan untuk Warga Emas, Orang Kurang Upaya, Ibu Tunggal serta golongan miskin.
13. Mewujudkan Skim Perumahan untuk semua rakyat di Sabah.
14. Menggalakkan pelaburan dan memperkasakan sektor Pertanian dan Pelancongan yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dan perkhidmatan.
15. Menuntut hak ke atas semua pulau-pulau kecil di perairan Sabah yang masih belum diselesaikan tuntutannya demi menjamin kedaulatan sempadan Sabah dan juga hasil minyak dan gas di perairannya.
16. Menubuhkan Tabung Warisan Sabah dengan modal awal RM1 bilion dari wang royalti hasil industri minyak dan gas bagi tujuan program-program pembasmian kemiskinan kepada semua rakyat Sabah di bawah paras kemiskinan.
17. Menubuhkan sebuah syarikat minyak dan gas yang dimiliki rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM1 bilion dengan tujuan mewujudkan sebuah konglomerat antarabangsa yang dapat dibimbing oleh Petronas untuk bersaing di persada dunia dan menyediakan peluang pekerjaan serta membina kepakaran rakyat Sabah dalam industri minyak dan gas.
18. Mewujudkan semula Jawatan Kementerian Pendidikan, Pengangkutan dan kesihatan Sabah untuk perlaksanaan polisi yang berkesan, adil dan saksama.
19. Menyemak semula dan memastikan peranan Yayasan Sabah kembali kepada tujuan asalnya.
UBAH SEKARANG!! SELAMATKAN MALAYSIA!! DEMI MASA DEPAN RAKYAT MALAYSIA!!