PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday, 31 March 2012

Ramalan Noh Omar : BN yakin menang di 36 DUN Selangor

Bakal Menteri Besar Selangor yang baru? 

Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar yakin BN akan berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Katanya, mereka yakin akan menang di 36 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan, hanya kurang satu kerusi untuk membentuk majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), lapor Nanyang Siang Pau.

Dalam wawancara eksklusif itu juga, Noh meramalkan Umno akan menang 30 daripada 35 kerusi yang ditandingi, MCA mampu mendapat lima daripada 14 kerusi sementara GERAKAN dan MIC masih-masing mendapat satu kerusi.

Noh berkata, mereka memang mahu merampas Selangor dengan majoriti mudah tetapi jika berjaya mendapat majoriti dua pertiga, ia dikira "bonus".

Katanya, walaupun mendapat sokongan kurang memberangsangkan selepas kalah dalam pilihan raya umum 2008, situasi kini berubah bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak secara langsung.

malaysiakini

Suasana di Stadium Malawati, Shah Alam ketika himpunan rakyat diadakan

Ramai betul pak nujum pilihanraya dari BN sekarang ini.. Kalau sebelum ini bekas MB Selangor  meramal lima negeri BN dalam bahaya, hari ini bakal MB Selangor BN yang baru pula meramalkan Barisan Nasional akan menang di 36 dari 56 kerusi DUN bagi menawan kembali Selangor dari Pakatan Rakyat! Bagaimana caranya? Adakah mereka akan menipu dengan bantuan SPR? Adakah mereka akan menggunakan pengundi jenis hantu, jin dan syaitan untuk menanginya? Kalau diikutkan perkembangan terkini, tidak mungkin Selangor dapat ditawan kembali oleh BN. Tak tahulah kalau ada cara lain lagi.. wallahualam

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...